Xperia V Bakal Hadir Ke Malaysia, Muncul Di Laman Rasmi Sony Mobile Malaysia

0
211 views
views
[dropcaps style=”square”]X[/dropcaps]peria V , antara smartphone tercanggih dalam Siri Xperia 2012 kini bakal hadir ke Malaysia secara rasminya dalam waktu terdekat dimana laman rasmi Sony Mobile Malaysia sudah mula memaparkan maklumat mengenai phone kalis air tersebut dan diletakkan dalam list smartphone terbaru, berstatus “coming soon”.

harga xperia V di malaysia

Bercakap mengenai spesifikasi Xperia V, ia dilengkapi dengan dual-core processor 1.5Ghz Krait, 13MP Camera, Android 4.0 ICS [akan dikemaskini ke 4.1 Jellybean], Bluetooth 4.0 termasuk mempunyai ciri-ciri kalis air dan debu serta tahan lasak.

Selain daripada Xperia V, antara Xperia Smartphone yang kini amat ditunggu-tunggu kemunculannya ialah Sony Xperia Z dan juga Xperia ZL.Xperia Z sebelum ini dikenali dengan nama Xperia Yuga dan Xperia ZL dikenali sebagai Odin, kedua-duanya merupakan smartphone sandaran bagi Sony untuk mengalahkan iPhone 5 dan juga Samsung Galaxy S3.

UNDI SOLEHEENDOTCOM SEBAGAI “FAVOURITE GADGETS BLOG” DI MALAYSIA SOCIAL MEDIA WEEKS 2013

Masih tiada pengumuman rasmi mengenai harga yang akan ditawarkan, namun ia dijangka berharga sekitar RM1800.Jadi apa pendapat anda? Berbaloi kah atau anda sanggup menunggu untuk Xperia Z dan ZL datang ke Malaysia memandangkan spesifikasi pada Xperia V tidak lagi mampu bersaing dengan smartphone keluaran 2013.

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial dunia android dan juga gajet ataupun anda boleh bertanyakan soalan kepada krew kami jika menghadapi sebarang masalah.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here