Syarikat Telco Eropah Memulakan Pre-Order Sony Xperia Z, Harga Serendah RM2500

3

Sony Xperia Z, merupakan siri Xperia terbaru milik Sony selain Xperia ZL  dalam siri Xperia 2013.Membawakan beberapa ciri-ciri canggih, ianya menjadi sebutan sejak diumumkan secara rasmi pada CES13 , 8 Januari yang lalu.Antara spesifikasi ringkas phone tersebut ialah, menggunakan skrin 1080p, Quad-core Snapdragon S4 processor,2GB ram,13MP camera dan android 4.1 Jellybean termasuk mempunyai fungsi kalis air sehingga kedalaman 1 Meter dan juga tahan lasak.

Xperia Z seperti yang diumumkan oleh pihak Sony tidak lama dahulu, dicipta khas untuk bersaing dengan produk Apple iaitu iPhone 5 dan juga Galaxy S3 milik Samsung.Dengan spesifikasi canggih sebegitu membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengenai harga permulaan bagi smarphone tersebut.Malangnya, pihak Sony tidak mendedahkan apa-apa maklumat mengenai harga rasmi Xperia Z mahupun Xperia ZL ketika pelancaranya tempoh hari.

Terbaru, beberapa syarikat telco di Eropah mula membuka tawaran “pre-order” bagi Xperia Z pada harga permulaaan sebanyak €649 [RM 2600].Di Jerman,syarikat telco O2 Germany dijangka akan menawarkan smartphone tersebut dimana harga nya dijangka tidak akan jauh berbeza antara satu sama lain.

Di UK, Clove menawarkan Xperia Z pada harga yang lebih rendah iaitu sekitar £528 [RM2580]. Handtec pada harga £520[RM 2550] dan bagi kedai-kedai yang lain hanya membuka pendaftaran awal bagi mereka yang berminat mendapatkannya.

Beberapa negara lain yang dilihat turut menawarkan smartphone tersebut ialah Sweden, £598 [RM2900], €734 [RM3500] dan Poland £554 [RM2700].Walaubagaimanapun, kesemua harga yang ditawarkan hanya lah untuk pre-order dan lebih kepada harga jangkaan berdasarkan spesifikasi Xperia Z dimana harga rasmi berkemungkinan akan lebih rendah berbanding apa yang ditawarkan.

SUDAHKAN AND UNDI SOLEHEENDOTCOM SEBAGAI “FAVOURITE GADGETS BLOG” ? UNDI SEKARANG DI MALAYSIA SOCIAL MEDIA WEEKS 2013.

Xperia Z dijangka akan berada di dalam pasaran pada penghujung Februari ataupun awal Mac 2013.Melihat kepada harga pre-order smartphone tersebut, apa pendapat anda mengenainya? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen dibawah.

source

Jangan lupa tekan like dan sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak tips informasi dan tutorial dunia android serta dunia gajet ataupun anda boleh bertanyakan soalan kepada krew kami jika menghadapi sebarang masalah.

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

3 Comments

  1. Jangkaan xperia z dikeluarkan suku tahun pertama. Mayb bln 2 atau 3. Byk lg phone lain yg hampir sama spec menjadi pesaing contohnya zte nube z5, oppo find 5 dan htc butterfly. Pesaing2ni akan mengeluarkan hp pada bln jan n feb dgn anggaran 599.99 dollar. Pada Jangkaan saya, SXZ harganya mungkin dalam rm1899.

TINGGALKAN KOMEN ANDA