Sony Xperia V vs Sony Xperia TX vs Sony Xperia T

1
420 views
views

Sony Xperia V , T dan juga TX merupakan 3 smartphone yang amat dinanti-nanti kan di Malaysia, dilancarkan secara serentak, ketiga-tiga smartphone tersebut kelihatan sama jika dilihat pada mata kasar.”Persamaan” tersebut ternyata menyukarkan ramai pengguna untuk membuat pilihan mana yang terbaik.

Dibawah ni aku dah pun sediakan jadual ringkas perbandingan antara ketiga-tiga smartphone Xperia V vs Xperia TX vs Xperia T.Kategori yang diambil kira dalam jadual tersebut merupakan perkara asas yang penting untuk anda tahu bila ingin membuat pilihan smartphone.

KATEGORI

 XPERIA V

 XPERIA TX

 XPERIA T

 BERAT  120 g   127 g   139 g
 INTERNAL MEMORY
 8 GB, 1 GB RAM [SDCARD]  16 GB, 1 GB RAM [SDCARD]  16 GB, 1 GB RAM [SDCARD]
 CAMERA  13 MP, 4128×3096 pixels  13 MP, 4128×3096 pixels  13 MP, 4128×3096 pixels
 VERSI ANDROID
 4.0.4 (ICS), upgradable to v4.1 (Jelly Bean)  4.0.4 (ICS), upgradable to v4.1 (Jelly Bean)  4.0.4 (ICS), upgradable to v4.1 (Jelly Bean)
 PROCESSOR [CHIPSET]  Qualcomm MSM8960 Snapdragon  Qualcomm MSM8260A Snapdragon  Qualcomm MSM8260A Snapdragon
 BATERI  Li-Ion 1750 mAh battery  Li-Ion 1750 mAh battery  Non-removable Li-Ion 1850 mAh battery
 HARGA
 RM 1599 [Sony Store]  RM1599 [Sony Store] RM1350 [AP set]

sumber

Jika dilihat, harga Sony Xperia V dan Xperia TX adalah sama iaitu RM1599, kedua-duanya mempunyai specs berlainan walaupun tidak jauh berbeza.Bagi Xperia T, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Sony tidak membawa masuk smartphone tersebut akan tetapi telah ada penjual tempatan yang menawarkannya.

Jadi mana yang terbaik?

Sony Xperia V, diantara 3 ni, ia merupakan yang tercanggih ditambah pula dengan ciri-ciri kalis air, kalis debu dan tahan lasak.Xperia V menggunakan “chipset” Qualcomm MSM8960 Snapdragon S4 berbanding Xperia T dan Xperia TX yang menggunakan  Qualcomm MSM8260A Snapdragon. MSM8960 jauh lebih baik prestasinya berbanding MSM8260A.

Apa yang sedikit mengecewakan mengenai Xperia V ialah camera hadapan nya hanya menggunakan standard VGA kualiti berbanding Xperia T dan Xperia TX yang mempunyai camera 1.3MP dengan kualiti rakaman 720p pada bahagian hadapan .Kapasiti bateri Xperia V pula ialah 1750 mAh, sama seperti Xperia TX akan tetapi lebih kecil berbanding Xperia  T yang menggunakan bateri berkapasiti 1850 mAh.Internal memori Xperia V juga lebih kecil iaitu 8GB berbanding Xperia T dan TX ,16GB.Namun kedua-duanya menyokong slot memori kad sehingga 32GB.

KONKLUSI

Berdasarkan perbandingan ringkas diatas, jelas Xperia V lebih berbaloi dengan harga RM1599 Dditambah dengan ciri-ciri tambahan dan processor yang lebih baik.Namun, jika anda inginkan phone yang memiliki camera hadapan yang berkualiti serta bateri dan internal memori yang lebih baik, Xperia T patut menjadi pilihan anda.

SUDAHKAN AND UNDI SOLEHEENDOTCOM SEBAGAI “FAVOURITE GADGETS BLOG” ? UNDI SEKARANG DI MALAYSIA SOCIAL MEDIA WEEKS 2013.

Jika masih ragu-ragu, mana yang patut dipilih mungkin anda boleh baca tips terbaik dalam memilih smartphone yang ditulis oleh aku sendiri.Jangan lupa tekan Like | Tweet | G+ share jika anda rasa artikel ini berbaloi untuk dibaca.

Jangan lupa tekan like dan sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak tips informasi dan tutorial dunia android serta dunia gajet ataupun anda boleh bertanyakan soalan kepada krew kami jika menghadapi sebarang masalah.

 HARGA
 RM 1599 [Sony Store]  RM1599 [Sony Store] RM1350 [AP set]

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here