Sony Mobile Memperkenalkan Xperia Z Di Asia Tenggara Termasuk Malaysia

2

Nampaknya pengguna serta peminat Sony di Asia Tenggara seperti Vietnam, Indonesia, Singapura dan juga Malaysia tidak perlu menunggu lama kehadiran smartphone terbaru Sony iaitu Xperia Z ke  negara masing-masing memandangkan ianya bakal dibawa masuk dalam suku pertama tahun ini.

Sony pada hari ini [15 Jan 2013] mengadakan Xperia Event bagi memperkenalkan smartphone tersebut ke pasaran Asia Tenggara yang bertempat di Singapura.Beberapa media dijemput  dari negara Asia Tenggara termasuk Malaysia yang diwakili oleh LowYat.Net, Amanz.My, Soyacincau.Com dan beberapa yang lain.

Pada acara tersebut, Sony mengatakan akan membawa masuk Xperia Z dan ZL pada suku tahun ini namun tidak mendedahkan soal harga dan tarikh yang tepat penjualannya nanti.

Untuk rekod, Xperia Z boleh didapati di Malaysia, Vietnam, Singapura, Filipina dan Indonesia dalam 3 pilihan warna iaitu hitam, putih dan ungu .Bagi Xperia ZL pula, hanya Singpura, Indonesia dan Filipina sahaja yang akan mendapatnya manakala bagi Malaysia masih tiada perancangan bagi membawa ia masuk ke negara ini.

SUDAHKAN AND UNDI SOLEHEENDOTCOM SEBAGAI “FAVOURITE GADGETS BLOG” ? UNDI SEKARANG DI MALAYSIA SOCIAL MEDIA WEEKS 2013.

Xperia Z , sebuah smartphone canggih menggunakan android 4.2 Jellybean dengan Quad-core processor Snapdragon S4 Pro, 2GB Ram, 13MP camera, skrin 1080p, serta mempunyai ciri-ciri kalis air dan debu.Xperia ZL pula merupakan phone yang sama seperti Z cuma tidak dilengkapi dengan ciri-ciri kalis air dan debu.

source

Sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak tips informasi dan tutorial dunia android serta dunia gajet ataupun anda boleh bertanyakan soalan kepada krew kami jika menghadapi sebarang masalah.

Klik Like | Tweet | G+Share

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

Share.

2 Comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA