Sony Mobile Australia Umum Harga Rasmi Xperia Z

4
538 views
views

Sony Xperia Z, merupakan “high-end” smartphone terbaru daripada Sony yang baru sahaja dilancarkan di CES13 baru-baru ini.Smartphone yang direka bagi menyaingi iPhone 5 dan juga Samsung Galaxy S3 itu mendapat pelbagai pujian dan kini sedang ditunggu-tunggu kemunculannya di sleuruh dunia termasuk Malaysia.

Beberapa syarikat telco Eropah sudah mula membuka tawaran pre-order meskipun pihak Sony masih belum mengumumkan sebarang harga rasmi buat smartphone terbaru mereka itu.[Baca].

xperia Z price

Namun, bagi pengguna di Australia, berita gembira telah pun mereka terima dimana pihak Sony Mobile Australia mendedahkan harga rasmi Sony Xperia Z di Australia melalui facebook page mereka.Harga yang ditetapkan ialah 749AUD [RM2300+-]. Smartphone tersebut dijangka akan didatangkan dalam 3 pilihan warna iaitu hitam, putih dan ungu dan boleh didapati secara terus di Sony Centre.

Menjawab persoalan mengenai tarikh pelancaran Xperia Z di Australia, pihak mereka memberitahu bahawa ia akan dilancarkan di seluruh negara pada bulan Mac 2013 namun tidak memberitahu tarikh tepat pelancaran tersebut akan dibuat.

SUDAHKAN AND UNDI SOLEHEENDOTCOM SEBAGAI “FAVOURITE GADGETS BLOG” ? UNDI SEKARANG DI MALAYSIA SOCIAL MEDIA WEEKS 2013.

Selain Sony Xperia Z , antara smartphone lain yang mendapat perhatian ialah Huawei Ascend D2 dan juga Mate yang turut membawakan spesifikasi canggih hampir menyerupai Xperia Z dan mungkin akan menjadi antara pesaing terhebat kepada Sony dalam tahun 2013 ini.

source

Sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak tips informasi dan tutorial dunia android serta dunia gajet ataupun anda boleh bertanyakan soalan kepada krew kami jika menghadapi sebarang masalah.

Klik Like | Tweet | G+Share

4 COMMENTS

  1. yep, Z mmg terbaik, utk flagship price mmg akan 2k+, tapi spec dia pon mmg power dah. s4 pun rasanya mcm ni gak spec dia, tapi aku doubt design s4 akan lebih lawa dari Z. so likely Z akan lebih menarik perhatian dan pembeli. to be on the safe side, better z realease b4 s4 announce in march

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here