Ketahui Kisah Maskot Android Dan Bagaimana Android Mendapat Namanya

0
[dropcaps style=”square”]J[/dropcaps]ika ditunjukkan gambar robot hijau mungkin semua orang tahu mengenai gambar tersebut iaitu lambang atau “trademark” android.Namun tak ramai yang tahu apakah nama sebenar robot hijau tersebut, bagaimana ia dicipta, siapa pencipta robot itu dan pelbagai perkara lagi.

android history bugdroid

Robot hijau tersebut yang lebih mesra dipanggil Android sebenarnya mempunyai nama nya yang tersendiri iaitu Bugdroid.Amat dikenali di seluruh dunia bukan sahaja kerana “kecomelan” bentuk nya akan tetapi turut dikenali sebagai sistem operasi smartphone paling banyak digunakan di dunia.Bugdroid juga mengalami beberapa perubahan bentuk bergantung kepada nama versi android yang diperkenalkan seperti Ice Cream Sandwich dan Gingerbread.

Dandroids

Namun, Bugdroid bukan lah maskot pertama android.Maskot pertama yang digunakan ialah Dandroids, sebuah rekaan awal yang direka oleh Dan Morrill untuk di persembahkan kepada Team Google.Pada awalnya, Dandroids hanya direka untuk mencantikkan lagi “presentation slides” milik Dan Morrill akan tetapi berjaya menarik perhatian Team Google Dev untuk digunakan sebagai maskot tidak rasmi Android.Tidak lama selepas itu, Google membuat keputusan untuk menggunakan Bugdroid rekaan Irina Blo sebagai maskot utama sistem operasi android.

UNDI SOLEHEENDOTCOM SEBAGAI “FAVOURITE GADGETS BLOG” ANDA SEKARANG DI MALAYSIA SOCIAL MEDIA WEEKS 2013.

Bercerita mengenai bagaimana versi android mendapat nama bersempena makanan pencuci mulut, ianya idea cetusan Ryan PC Gibson yang mencadangkan setiap versi android akan menggunakan nama makanan.Nama pertama yang digunakan ialah “Cupcake” bermula dengan huruf C dan ianya diteruskan dengan nama seperti “Doughnut”, “Eclair” , Gingerbread” , “Honeycomb” , Ice Cream Sandwich dan yang terbaru iaitu Jelly bean.Kesemua nama tersebut disusun mengikut turutan huruf.

android key lime pie 5.0

Mengikut khabar angin yang tersebar luas pada tahun lalu, nama bagi versi android yang seterusnya ialah Android Key Lime Pie.Namun pihak Google masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung nama tersebut.

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial dunia android dan dunia gajet ataupun anda boleh bertanyakan soalan kepada krew kami jika menghadapi sebarang masalah.

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

Share.

TINGGALKAN KOMEN ANDA