Huawei Memperkenalkan Ascend Mate dan Ascend D2 Bagi Menyaingi Smartphone Lain

1
592 views
views

Antara perkara yang mencuri perhatian pada CES13 baru-baru ini ialah pengenalan Ascend Mate dan juga Ascend D2 oleh Huawei yang direka bagi menyaingi smartphone ternama lain seperti Sony Xperia Z, Samsung Galaxy S3 dll.Mampukah kedua-dua smartphone ini menyaingi jenama-jenama tersebut?

HUAWEI ASCEND MATE D2 PRICE AND SPECS

Ascend Mate mempunyai spesifikasi yang boleh dikatakan amat menarik serta canggih dan mampu untuk menyaingi smartphone jenama lain dalam kelasnya.Ia menggunakan paparan skrin bersaiz 6.1 inci menjadikannya sebuah phablet [phone + tablet] disamping camera 13MP di bahagian belakang serta Quad-core processor berkelajuan 1.5GHz.Apa yang menarik perhatian ialah kapasiti bateri pada phone tersebut sebesar 4,050mAh.

Bateri pada Ascend Mate dikatakan bolej bertahan selama 9 hari ketika menggunakan 3G.Bateri tersebut juga mampu dicas dengan laju dan pantas namun tidak diketahui berapa lama masa yag perlu diambil bagi membolehkan ia di cas sepenuhnya.

SUDAHKAN AND UNDI SOLEHEENDOTCOM SEBAGAI “FAVOURITE GADGETS BLOG” ? UNDI SEKARANG DI MALAYSIA SOCIAL MEDIA WEEKS 2013.

Bagi Ascend D2 pula, ia lebih kecil berbanding Mate.Menggunakan paparan skrin 1080p FHD sebesar 5 inci , 1.5Ghz Quad-core processor ,13 MP camera di bahagian belakang termasuk 2GB ram dan bateri berkapasiti 3000MAh.Ascend D2 dilengkapi ciri-ciri kalis air dan debu serta tahan lasak.

Mungkin kah Ascend Mate dan juga D2 mampu bersaing serta mengalahkan Sony Xperia Z yang turut mempunyai ciri yang hampir sama dengan D2?

source

Jangan lupa tekan like dan sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak tips informasi dan tutorial dunia android serta dunia gajet ataupun anda boleh bertanyakan soalan kepada krew kami jika menghadapi sebarang masalah.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here