Gambar Terbaru Samsung Galaxy Note 8.0 Tersebar

Baru-baru ini kecoh seketika mengenai Galaxy Note 8.0 yang dijangka akan diperkenalkan serta dilancarkan di MWC2013 akan datang oleh Samsung.Siri Galaxy Note terbaru itu akan menggunakan 8 inci skrin [1280 x 800] ,Android 4.2 Jellybean, 1.6 GHz quad-core processor, 2GB Ram, 16/32GB memori, microSD slot, 5MP camera pada bahagian belakang, 1.3MP pada bahagian hadapan dan 4,600mAh battery.

Samsung_Galaxy_Note_8.0_Leak_01-630x537

Tablet bersaiz 8 inci menggunakan codename “KONA” tersebut juga akan didatangkan dalam dua versi iaitu versi wifi dan wifi + 3G.

Beberapa keping gambar Samsung Galaxy Note 8.0 turut tersebar dimana laman web DDAY.IT memaparkan gambar tablet terbaru milik samsung itu digunakan secara live.

Tablet ini sudah pasti akan memberi saingan sengit kepada iPad Mini milik Apple memandangkan Samsung merupakan antara pengeluar tablet yang terkenal serta mempunyai ramai peminat.

source

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak maklumat tips dan tutorial dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

klik Like | Tweet | G+ Share

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here