Gambar Rasmi Sony Xperia Odin Tersebar,Di Namakan Sony Xperia ZL

0

[dropcaps style="square"]S[/dropcaps]ebelum ini pihak Sony Mobile pernah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan beberapa siri Xperia baru berspesifikasi tinggi bagi menyaingi iPhone 5 dan juga Samsung Galaxy S3.Antara yang paling hangat diperkatakan ialah Sony Xperia Yuga atau dikenali Sony Xperia Z.Selain daripada Yuga, Xperia Odin juga disebut bakal menjadi pesaing kepada iP5 dan juga S3.

xperia ZL

xperia ZL

Sony Xperia Odin akan dikenali sebagai Sony Xperia ZL yang merupakan “adik-beradik” Sony Xperia Z dikatakan mempunyai body yang sedikit lebih tebal dan lebih berat dari Xperia Z,bahagian cover belakang Xperia ZL akan menggunakan plastik seperti mana Xperia E.

Apa yang menarik adalah camera hadapan Xperia ZL diletakkan di bahagian bawah sebelah kanan sama seperti yang ada pada Nokia N9.Phone ini turut diberi IP57 certification bermaksud ianya sebuah phone kalis air serta debu dan juga tahan lasak.

Mengenai spesifikasi lain pada Xperia ZL, ianya mungkin tidak jauh berbeza dari Xperia Z dimana akan turut menggunakan skrin 1080p, 13MP camera,quad-core processor dan juga ram 2GB.Gambar phone tersebut dilihat baru-baru ini di laman web sonymobile.com menggunakan nama Xperia ZL sekaligus menafikan beberapa khabar angin yang menyatakan ia bakal dikenali sebagai Xperia X.

via

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial dunia Android dan juga dunia gajet atau anda boleh bertanyakan soalan kepada krew kami jika menghadapi sebarang masalah.

BANTU KAMI PERKENALKAN DIRI KEPADA MALAYSIA.UNDI SOLEHEENDOTCOM SEBAGAI “FAVOURITE GADGETS BLOG” ANDA SEKARANG.

 

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

Share.

TINGGALKAN KOMEN ANDA