Gambar Dan Spesifikasi Rasmi Sony Xperia Tablet Z

0

Sebelum ini di CES13, kita diperkenalkan dengan Sony Xperia Z dan juga Xperia ZL yang merupakan smartphone tercanggih Sony yang direka bagi menyaingi iPhone 5 dan juga Samsung Galaxy S3.Smartphone tersebut ternyata telah menarik perhatian berjuta pengguna seluruh dunia dan masing-masing tidak sabar untuk mendapatkannya.Segala informasi mengenai Xperia Z dan ZL termasuk harga jangkaan nya nanti boleh di baca di sini.

Baru-baru ini pula, bertempat di Jepun, Sony memperkenalkan Sony Xperia Tablet Z, sebuah tablet android 10 inci yang ternipis dalam kelas nya.Antara spesifikasi ringkas tablet terbaru Sony itu ialah :

– Mempunyai ketebalan 6.9mm.Tablet ternipis di dunia.
– 10.1 inci HD skrin.
– Didatangkan dengan Android 4.1.2.Akan dikemaskini ke Android 4.2
– 8MP camera di bahagian belakang DAN 2.2MP di bahagian hadapan.
– Menggunakan Quad-core 1.5 GHz Krait processor.[Qualcomm Snapdragon S4 APQ8064] – Bateri berkapasiti 6000mAh.
– 32GB internal memory + sdcard slot
– 2GB Ram

Pada tahun 2011, Sony pernah mengatakan hasrat untuk menguasai pasaran tablet dan telah mengeluarkan siri tablet mereka sendiri antara nya, Tablet S, Tablet P dan yang terbaru Xperia Tablet S.Malangnya, kesemua tablet tersebut tidak mendapat sambutan dan kurangĀ  di beri perhatian.

Ramai yang mengharapkan agar Xperia TabletĀ  Z yang diperkenalkan akan membawa perubahan yang lebih baik.Jika dilihat dari spesifikasi yang ada padanya, tidak mustahil, Xperia Tablet Z akan menguasai pasaran tablet pada waktu ini.

SUDAHKAN AND UNDI SOLEHEENDOTCOM SEBAGAI “FAVOURITE GADGETS BLOG” ? UNDI SEKARANG DI MALAYSIA SOCIAL MEDIA WEEKS 2013.

Buat masa ini, XTZ hanya diperkenalkan untuk pasaran Jepun sahaja dan Sony masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan samada ianya akan dipasarkan ke pasaran Global atau tidak.

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak maklumat tips dan tutorial dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

klik Like | Tweet | G+ Share

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

Share.

TINGGALKAN KOMEN ANDA