Cara Upgrade Galaxy Mini S5570 Ke Android 4.2.1 Jellybean

8

Nampaknya proses pembangunan rom bagi Samsung Galaxy Mini S5570 terus aktif dimana rom terbaru yang berasaskan Cyanogenmod 10 [CM10] telah pun keluar.Rom Nightly CM10.1 merupakan rom Android 4.2.1 Jellybean yang paling stabil buat masa ini dimana kesemua fungsi yang ada android terbaru itu berfungsi dengan baik.

Kami berkesempatan untuk mencuba nya baru-baru ini dan agak kagum dengan prestasi yang ada pada rom tersebut disebalik cakap-cakap yang mengatakan CM10 masih lagi belum stabil buat smartphone kelas bawah.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba rom ini boleh ikut langkah dibawah :

*Segala risiko yang terjadi disebabkan kecuaian anda bukan diatas tanggungan kami.

CARA-CARA INSTALL ROM CM10.1

Bagi pengguna baru pastikan anda dah root dan install cwm-recovery .Ikuti tutoorial Root dan Upgrade Galaxy Mini

1- Download rom CM10.1 dan masukkan ke dalam memori kad.[Download] 2- Masuk ke mode cwm-recovery .
3- Pilih wipe data kemudian wipe cache.
4- Install/flash rom tadi dengan cara install custom zip > choose from sdcard.
5- Sekali lagi wipe data kemudian wipe cache.
6- Reboot dan enjoy.

* First reboot akan mengambil masa dalam 5 -8 minit jadi, sila bersabar.

Masih terdapat beberapa bugs kecil namun ia tak berapa nampak dan ketara.Mudah bukan?  Jika masih tak faham atau ragu-ragu, tanya kami di ruang komen dibawah ataupun secara terus di Faaacebook page soleheendotcom.Kami akan cuba bantu sebaik mungkin.

Jangan lupa tekan like dan sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak tips informasi dan tutorial dunia android serta dunia gajet ataupun anda boleh bertanyakan soalan kepada krew kami jika menghadapi sebarang masalah.

Klik Like | Tweet | G+Share

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

Share.

8 Comments

  1. permisi agan2 HH saya galaxy mini S-5570 saya habis flash ROM CM 10.1 dari gingerbread saya sudah ikutin semua langkah2nya tapi masih belom berhasil gan pas HH saya di hidupin blank layarnya mohon agan2 pencerahan nya..

  2. untuk samsung advance tak de lg ke? n sy nak tanye kenapa sy buat video kat insta suara jadi pelik ye?ada cara tak nak selesaikan?? tq

TINGGALKAN KOMEN ANDA