Cara Root Xperia Neo L

6

Xperia Neo L merupakan Xperia siri 2012 yang menggunakan android 4.0.4 ICS.Namun tak lengkap rasanya bagi anda yang menggunakan phone ini jika tidak root terlebih dahulu bagi memastikan prestasi nya lebih baik dan mantap.

xperia-neo-l-black-620x440

Untuk sesi kali ini jom kita lihat cara mudah untuk root xperia Neo L.Flashtool di perlukan dalam tutorial root kali ini memandangkan anda perlu flash kernel tertentu sebelum root phone tersebut.Secara ringkasnya proses yang perlu dilakukan ialah :

1- Flash kernel MT11i_4.1.A.0.562_.ftf terlebih dahulu.
2- Root phone Neo L
3- Selesai root, flash kernel asal Neo L tadi dan setel.

Bagi anda yang berminat boleh ikut langlah-langkah root dibawah :

LANGKAH PERSEDIAAN

1- Download flashtool kemudian install pada komputer.
2- Pergi pada phone anda dan settings > Security > tick pada “Unknown sources”
3- Kemudian Settings > Developer options > tick pada USB debugging
4- Dan Settings > Xperia > connectivity > USB connection mode > select MSC mode

CARA-CARA FLASH KERNEL 4.1.A.0.562

1- Download flashtool kemudian install pada komputer.[Download] 2- Download kernel 4.1.A.0.562 [Download] 3- Copy kernel yang di download tadi, masukkan dalam folder C > Flashtool > Firmware

Selesai perkara diatas sila ikut tutorial dibawah :

1- Buka flashtool yang telah diinstall tadi dan ikut tutorial flash kernel dalam artikel Cara Flash Kernel.
2- PASTIKAN ANDA PILIH KERNEL 4.1.A.0.562. UNTUK FLASH.
3- Selesai flash, on kan phone masing-msing.
4- Pangkah flashtool tadi.

P/S – Mungkin lepas on phone anda akan tersekat/hang pada logo..Jangan risau..biarkan sahaja dan teruskan pada setep root dibawah.

CARA-CARA ROOT XPERIA NEO L

1- Sambungkan phone pada komputer.Pastikan korang dah tutup [pangkah]flashtool tadi!
2- Biarkan 3 -4 minit bagi membolehkan driver Neo L diinstall pada komputer.Lihat gambar.
3- Download file root dibawah dan extract.
[Download] 4- Lihat dalam folder yang di extract tadi, klik pada “runme.bat”.
5- Ikut arahan pada skrin.
5- Bila keluar perkataan “All Done” itu bermakna anda berjaya root Neo L masing-masing.

Selesai proses root anda perlu flash balik kernel asal phone masing-masing ikut tutorial dibawah.

CARA-CARA FLASH KERNEL ASAL PADA XPERIA NEO L

1- Pilih kernel asal phone masing-masing dan download kemudian masukkan dalam folder firmwares seperti diatas. [C > Flashtool > Firmware]

Neo L 4.0.4 Kernel.ftf

2- Ikut tutorial flash kernel di artikel Cara-Cara Flash Kernel dan sila pastikan anda pilih kernel yang BETUL untuk flash.
3- Selesai flash kernel yang betul, reboot phone anda dan done, phone anda telah pun di root.

SUDAHKAN AND UNDI SOLEHEENDOTCOM SEBAGAI “FAVOURITE GADGETS BLOG” ? UNDI SEKARANG DI MALAYSIA SOCIAL MEDIA WEEKS 2013.

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

Klik Like | Tweet | G+Share

Share.

6 Comments

  1. Bro, bila dah root, ada tak rom yg boleh diinstall pada model ni agar apps yg dah download boleh move kat sd card?

TINGGALKAN KOMEN ANDA