Cara Root Xperia GO ICS 4.0.4

7

Sony Xperia GO merupakan xperia smartphone siri 2012 yang tahan lasak, kalis air serta debu.Didatangkan dengan android 2.3 Gingerbread dan telah pun menerima kemaskini android 4.0.4 Ice Cream Sandwich baru-baru ini.Smartphone ini juga bakal menerima kemaskini Android 4.1 Jellybean pada pertengahan tahun ini.

Dalam artikel kali ini jom kita lihat bagaimana cara untuk root Xperia GO dan kelebihanroot android smartphone dah pun aku terangkan dalam artikel ini.

Tutorial kali ini akan menggunakan software RootManyAndroi milik Bin4Ry yang dicipta khas untuk root hampir kebanyakkan android smartphone yang mengunakan android 4.0 ICS ataupun 4.1 Jellybean.Bagi anda yang berminat boleh ikut langkah-langkah install dibawah :

CARA-CARA ROOT XPERIA GO ICS 4.0.4

1- Pastikan segala driver xperia anda telah pun diinstall.Sambungkan phone pada pc dan biar 3-4 minit bagi membolehkan driver diinstall
2- Download file Root Many Android dan extract pada komputer.[Download] 3- Pada phone anda, pergi ke setting > developer option > tick USB Debugging.
4- Lihat dalam folder rootmanyandroid tadi dan klik pada “Runme.Bat”
5- Tekan 1 dan enter.
6- Sambungkan phone anda dan ikut arahan pada komputer.
7- Tunggu sehingga proses selesai.Phone anda akan reboot sendiri, tenang dan biarkan.
8- Selesai dan enjoy xperia GO yang telah di root.

Jadi bagaimana nak tahu samada Xperia anda telah di root atau tidak? lihat pada senarai aplikasi dan tengok ada tak aplikasi “SuperUser”, jika ada itu bermakna anda berjaya root phone tersebut.

UNDI SOLEHEENDOTCOM SEBAGAI “FAVOURITE GADGETS BLOG” ANDA SEKARANG DI MALAYSIA SOCIAL MEDIA WEEKS 2013.

Mudah bukan? Jangan lupa tekan like dan sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak tips informasi dan tutorial dunia android serta dunia gajet ataupun anda boleh bertanyakan soalan kepada krew kami jika menghadapi sebarang masalah.

Share.

7 Comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA