Android vs Apple iOS : 5 Sebab Mengapa Android Lebih Baik

0
545 views
views

Perbandingan dan perdebatan mengenai Apple iOS vs Android memang takkan pernah berhenti dan menemui kesudahan.Kadang-kadang tersilap bahasa boleh membawa pergaduhan.AndroidFag dengan hujah mereka dan iOSFag dengan hujah masing-masing.Perdebatan sebegini selalunya akan berakhir dengan masing-masing sakit hati dan “butthurt”.

apple_vs_android

Dalam artikel kali ni jom kita lihat beberapa sebab mengapa android lebih baik dan berbaloi untuk diguna berbanding iOS.Jika anda mempunyai pendapat sendiri, sila utarakan di ruang komen dibawah.

1- Android Boleh Di Dapati Pada Pelbagai Device

– Satu fakta yang memang tidak boleh disangkal lagi, android boleh dijumpai digunakan pada pelbagai peranti teknologi, baik camera [Samsung Galaxy Camera] , komputer kecil bersaiz ibu jari, tablet dan juga smartphone pelbagai kelas.Ini memberikan pilihan kepada pengguna untuk memilih mana satu yang sesuai buat mereka.

2- Mempunyai Pilihan Harga Yang Pelbagai

Salah satu kelebihan android, dengan pelbagai smartphone menggunakannya sebagai sistem operasi, pengguna bebas memilih samada inginkan smartphone sederhana yang murah harganya ataupun smartphone berspesifikasi tinggi yang lebih mahal daripada iOS sendiri.

3- Customization

Ini merupakan salah satu sebab mengapa ramai pengguna memilih untuk menggunakan android.Sistem operasinya membenarkan kita untuk melakukan hampir apa saja perkara dengan mudah mengikut citarasa.Bosan dengan icon lama ? Tukar ke icon baru menggunakan icon pack.Bosan dengan launcher asal? Anda mempunyai puluhan launcher pilihan antaranya : Sony Xperia Launcher, Next Launcher, Nemus Launcher, Go Launcher, Sony Xperia S Launcher dan lain-lain.

4- Widgets

Widgets, merupakan salah 1 keistimewaan yang terdapat pada android OS, pelbagai jenis widget boleh didapati dengan mudah yang dapat membantu anda menguruskan hal masing-masing dengan lebih teratur.Antara widget yang terkenal ialah info cuaca serta ramalan cuaca, email dan contacts, jam, senarai perkara yang perlu/ingin dilakukan dll.

5- Custom Rom

Perkara paling menarik yang boleh dilakukan jika anda memilik android smartphone.Tak lengkap rasanya jika tidak cuba untuk menggunakan custom rom yang ternyata lebih baik prestasinya berbanding dengan rom asal.Pelbagai tweak boleh diinstall bagi meningkatkan lagi prestasi sedia ada phone tersebut.Antara rom yang terkenal ialah MIUI, AOKP, PARANOID dll.

SUDAHKAN AND UNDI SOLEHEENDOTCOM SEBAGAI “FAVOURITE GADGETS BLOG” ? UNDI SEKARANG DI MALAYSIA SOCIAL MEDIA WEEKS 2013.

Mungkin ada antara kita yang tidak bersetuju namun ia bukan lah sesuatu perkara penting yang perlu di debatkan.Setiap OS mempunyai kelebihan tersendiri dan bergantung kepada diri anda untuk memilih mana yang terbaik mengikut citarasa.

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak maklumat tips dan tutorial dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

klik Like | Tweet | G+ Share

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here