Android 4.1.2 Jellybean Untuk Xperia S Akan Hadir Pada Bulan April?

Setelah bermain teka-teki mengenai kemaskini android 4.1 Jellybean untuk smartphone milik mereka, Sony akhirnya telah pun mengeluarkan kenyataan serta senarai smartphone Xperia yang akan menerima kemaskini tersebut pada tahun 2013.Beberapa smartphone disenaraikan dan antaranya yang akan menerimanya ialah Xperia Siri 2012 seperti Xperia S,iON,Acro S.Malang bagi xperia siri 2011 seperti LWW,Mini,Active, Ray dan yang lain-lain yang mana pihak Sony telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa smartphone tersebut tidak akan menerima android 4.1 Jellybean atas beberapa sebab.

Xperia-Jelly-Bean

Bagi Xperia S, ianya dijangka akan menerima android 4.1 hanya pada bulan april dan diikuti oleh beberapa model lain.Walaubagaimanapun, ianya hanya jangkaan beberapa pihak dan Sony masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai tarikh sebenar model mereka akan mendapat android 4.1 Jellybean.

Walaupun kemaskini dijangka hanya akan diterima pengguna pada bulan April, beberapa “screenshot” memperlihatkan rupa android jellybean pada Xperia S telah pun tersebar, antara perubahan ketara yang boleh dilihat ialah pada bahagian lockscreen phone tersebut yang sedikit lain berbanding sekarang.

XperiaS-JB-Leak-02-580-75
Jellybean pada Xperia S

Mungkin bagi sesetengah pengguna perkara ini bukan sesuatu yang penting memandangkan custom rom yang berasaskan android 4.1 telah pun wujud dan sedia untuk dicuba bagi mereka yang berminat.Apa-apa pun sama-sama kita nantikan kemaskini tersebut.

source

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak maklumat tips dan tutorial dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

klik Like | Tweet | G+ Share

3 COMMENTS

  1. salam, nk tanya, berkenaan xperia sola, ramai yang cakap official update ics uintuk sola ni banyak bugs, adakah akan adanya update ics yang seterusnya untuk xperia sola yg telah dikemaskini oleh pihak sony(tiada bugs etc)? terima kasih

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here