Tutorial Penuh Cara Root Dan Upgrade SE Live With Walkman LWW

20

Untuk artikel kali ini jom kita lihat bagaimana melakukan proses root serta install custom rom pada Live With Walkman dimana aku akan kumpul kan ketiga-tiga siri tutorial Upgrade LWW di dalam satu artikel bagi memudahkan anda mengikuti langkah-langkah yang perlu dilakukan.

sony-live-with-walkman

Secara asasnya ada tiga langkah yang perlu diikuti iaitu
1- Root
2- Install CWM-Recovery
3- Install Custom rom.

LANGKAH PERTAMA : ROOT

Secara ringkasnya terdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan dalam proses ini :

– Pertama, flash kernel 4.1.A.0.562.
– Selesai flash kernel, baru phone boleh di root.
– Selesai root, flash balik kernel asal korang dan selesai.

Antara perkara yang perlu dipastikan terlebih dahulu sebelum proses flash kernel dan root dimulakan ialah :

p/s- Pastikan phone korang dah pun di update ke android 4.0.4 ICS.
p/s- Install ADB Drivers pada komputer anda.Kemudian restart.[Download] p/s- Offkan antivirus.

Bagi yang berminat dan phone menepati ciri diatas, anda boleh ikut cara root dibawah ni.

CARA-CARA FLASH KERNEL 4.1.A.0.562

1- Download flashtool kemudian install pada komputer.[Download] 2- Download kernel 4.1.A.0.562 [Download] 3- Copy kernel yang di download tadi, masukkan dalam folder C > Flashtool > Firmware
4- Pergi pada phone anda dan settings > Security > tick pada “Unknown sources”
5- Kemudian Settings > Developer options > tick pada USB debugging
6- Dan Settings > Xperia > connectivity > USB connection mode > select MSC mode

Selesai perkara diatas sila ikut tutorial dibawah :

1- Buka flashtool yang telah diinstall tadi dan ikut tutorial flash kernel dalam artikel Cara Flash Kernel.
2- PASTIKAN ANDA PILIH KERNEL 4.1.A.0.562. UNTUK FLASH.
3- Selesai flash, on kan phone masing-msing.
4- Pangkah flashtool tadi.

P/S – Mungkin lepas on phone anda akan tersekat/hang pada logo..Jangan risau..biarkan sahaja dan teruskan pada setep root dibawah.

CARA-CARA ROOT SONY ERICSON LIVE WITH WALKMAN

1- Sambungkan phone pada komputer.Pastikan korang dah tutup [pangkah] flashtool tadi!
2- Biarkan 3 -4 minit bagi membolehkan driver LWW diinstall pada komputer.Lihat gambar.
3- Download file root dibawah dan extract.
[Download] 4- Lihat dalam folder yang di extract tadi, klik pada “runme.bat”.
5- Ikut arahan pada skrin.
5- Bila keluar perkataan “All Done” itu bermakna anda berjaya root LWW masing-masing.

Selesai proses root anda perlu flash balik kernel asal phone masing-masing samada 4.1.B.0.587ataupun 4.1.b.0.431. Ikut tutorial dibawah.

CARA-CARA FLASH KERNEL ASAL PADA LWW

1- Pilih kernel asal phone masing-masing dan download kemudian masukkan dalam folder firmwares seperti diatas. [C > Flashtool > Firmware]

4.1.B.0.587
4.1.b.0.431

2- Ikut tutorial flash kernel di artikel Cara-Cara Flash Kernel dan sila pastikan anda pilih kernel yang BETUL untuk flash.
3- Selesai flash kernel yang betul, reboot phone anda dan done, phone anda telah pun di root.

Selesai root anda perlu pergi langkah kedua iaitu install cwm-recovery.

CARA-CARA INSTALL CWM-RECOVERY PADA LWW

1- Pastikan anda dah pun root LWW masing-masing
[Tutorial Mudah Cara Root LWW] 2- Download file SE Extreme Tweak Installer v1.8, kemudian extractkan ke dalam 1 folder.
[Download] 3- Pastikan segala driver dah diinstall pada komputer.
4- Pastikan anda tick pada Usb Debugging, Unknown Sources kemudian sambungkan phone pada komputer.
5- Klik pada SE Extreme Tweak Installer.
6- Pilih cwm for live with walkman kemudian tekan install [lihat gambar].
7- Done and enjoy.

Selesai install cwm-recovery anda perlu lakukan langkah terakhir iaitu install custom rom.

CARA-CARA INSTALL CUSTOM ROM

Pastikan anda menepati beberapa syarat di bawah bagi mengelakkan dari proses gagal.Rom dan proses ni telah di cuba sendiri oleh aku menggunakan SE Live With Walkman Android 4.0.4 ICS build .587 tanpa Unlocked Bootloader.
1- Pastikan anda dah pun root phone masing-masing.
2- Install Cwm-Recovery pada phone anda.
3- Download rom dan masukkan ke dalam memori kad.
    [Download]
4- Masuk kedalam mode recovery melalui cara restart phone dan bila logo SONY keluar, tekan volume down berulang kali sehingga recovery muncul.
5- Pilih full wipe/wipe data.
6- Kemudian pilih wipe cache.
7- Pergi ke bahagian “Mount&Storage” dan pilih format system.
8- Pergi bahagian Advance pilih Wipe Dalvik Cache.
9- Flash rom tadi melalui cara pilih “install custom zip > choose from sdcard > pilih file rom.
10 – Reboot bila selesai dan enjoy.Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu ketika menggunakan rom ini.

1- CWM tidak boleh di akses.Selepas install rom ini anda perlu install kembali cwm mengikut tutorial install cwm pada LWW.
-Selesai install, cuba masuk mode cwm dan reboot phone.

2- Tiada option untuk masuk ke recovery.Anda perlu install boot option.Caranya
-Download reboot option kemudian masukkan dalam memori kad.
[Download] -Restart phone dan bila logo SONY keluar,tekan volume down berulang kali untuk masuk ke dalam cwm recovery.
-Install file reboot option tadi.
-Reboot phone dan enjoy.

Proses diatas ni mudah je sebenarnya cuma anda perlu berhati-hati dan teliti ketika melakukannya.Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial dunia android dan dunia gajet ataupun anda boleh bertanyakan soalan kepada krew soleheendotcom jika menghadapi sebarang masalah.

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

Share.

20 Comments

    • pastikan dah complete ketiga- tiga proses baru berjaya..tutorial ni dah dicuba oleh saya sendiri dan ramai yang dah berjaya..check balik apa yang silap

  1. dy ckp the application failed to initialize properly(0xc00001350). , apa sbb tu ea ?
    driver yg mn ak blum install ? root da ok da .

  2. ado dah cuba nie…situasi sekarang saya telah flash kernal..dan dia suruh unplug devices…bila da unplug devices dan padam flashtool..screen hp nie masi gelap….and then plug balik kat pc…xda apa2x respon pun…smpai sekarang…apa masalah….??????mcm mana nak patah balik nie????

  3. gan minta pencerahannya, sya pake lww dah hampir 2 tahun, tiba tiba ni lww restart terus, lww saya belum di root, ga bisa do koneksi ke komputer, mahon bantuannya gan

TINGGALKAN KOMEN ANDA