Tips Memilih Tablet : Tablet Versi Wifi Atau Wifi + 3G?

[dropcaps style=”circle”]2[/dropcaps]012 menyaksikan pelbagai gajet dikeluarkan baik smartphone , tablet ataupun notebook.Lambakan tablet dan smartphone  pelbagai jenama membuatkan ramai antara kita yang rambang mata tidak  tahu mana satu yang hendak dipilih.Situasi tersebut kadangkala boleh menyebabkan kita tersalah pilih produk mana yang sesuai untuk kegunaan diri.Perkara tersebut juga boleh menyebabkan kerugian dan pembaziran.

Bagi menyambung siri tips memilih tablet terbaik, untuk sesi kali ini jom kita lihat tablet yang manakah sesuai untuk kegunaan diri.Faktor-faktor penting ketika memilih tablet yang bersesuaian telah pun dibincangkan dalam artikel ringkas Tips Memilih Dan Membeli Tablet Terbaik 2012 dan faktor yang ingin kita bincangkan dalam artikel kali ini ialah tablet versi manakah yang sesuai , samada versi wifi atau versi wifi+3G.

harga sony xperia tablet s di malaysia

Jika dilihat dari 2 ciri-ciri ini, kedua-duanya amat penting bagi memastikan tablet yang anda pilih dapat melayari internet walau dimana jua anda berada.Namun tak ramai yang pandai memilih versi mana yang sesuai.Bawah ini merupakan tips-tips yang mungkin anda boleh pertimbang dalam memilih tablet.

Tablet Versi Wifi

– Lebih murah daripada versi 3G

– Sesuai jika anda jenis yang :

– tidak berjalan jauh.

– sudah mempunyai portable wifi modem seperti MiFi.

– sudah memiliki android smartphone yang mempunyai fungsi wifi hotspot atau tethering.

– Tablet versi wifi juga dikatakan lebih jimat bateri [?]

Tablet Versi 3G

– Harganya lebih mahal jika hendak dibandingkan dengan versi wifi sahaja.

–  Tablet ini sesuai jika

–  Anda sudah subscribe kepada data plan telco masing-masing seperti Celcom atau Maxis.

– Mempunyai sim kad broadband.

– Selalu berjalan jauh atau melancong.

Menggunakan sambungan 3G pada tablet atau smartphone masing-masing akan menyebabkan bateri habis dengan lebih cepat dan mungkin tablet menjadi panas,Dalam kes sebegini,memiliki sebuah power bank juga merupakan satu kelebihan jika anda ingin membeli tablet kerana ianya boleh digunakan untuk mengecas tablet/smartphone anda tanpa perlu sambungkan plug.

Faktor paling penting ialah, lihat kepada keperluan serta kemampuan anda.Jika anda mampu membayar bil broadband setiap bulan tanpa sebarang masalah,tablet versi 3G lebih sesuai untuk dibeli kerana anda boleh akses internet dimana-mana sahaja tanpa perlu mencari wifi hotzone.Untuk faktor-faktor lain anda boleh rujuk siri pertama tips ini.Jika masih kabur mengenai tablet mana yang sesuai dengan bajet anda, jangan segan untuk bertanykan kepada kami dan kami akan membantu sebaik mungkin.

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak tips tutorial serta informasi mengenai dunia android smartphone ataupun anda boleh bertanyakan soalan kepada kami jika menghadapi sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here