Tips Android Games : Cara Atasi Masalah “Device Not Compatible” Ketika Install Games Android

1
2,929 views
views
“Your Device Is Not Compatible With This Game”, ayat yang mampu membunuh mood sesiapa sahaja yang ingin bermain games pada smartphone masing-masing.Ada antara kita yang berasa pelik macam mana smartphone yang boleh dikatakan canggih tiba-tiba menjadi tidak compatible atau mungkin anda berasa pelik, smartphone orang lain yang sama jenis boleh memainkan games tersebut dengan baik tapi tidak pada smartphone kita.

Sebenarnya, masalah ini boleh diatasi dengan melakukan beberapa trick untuk membolehkan ianya dimainkan ada phone anda.
Mengedit build.prop dan menukar model phone merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah “device not compatible” ini.Konsep nya seperti seakan-akan kita “menipu” game yang diinstall tadi dengan mengatakan bahawa smartphone yang sedang digunakan merupakan smartphone yang sesuai dan “compatible” dengan game tersebut.Hasilnya, masalah atau amaran “device not compatible” tersebut tidak akan lagi keluar dan anda boleh bermain seperti biasa.

CARA – CARA MENGEDIT BUILD.PROP

1- Anda perlu root dahulu phone masing-masing.
2- Download dan install ES File Explorer [Download]
3- Lepas install, buka file explorer tadi kemudian tekan menu > setting > root setting > tick root explorer  > tick pada mount file system > klik allow bila diminta.
4- Sekarang pergi ke bahagian “Favourite” dan pilih phone anda.[lambang phone]
5- Cari dan masuk ke folder “system”.
6-Skrol ke bawah anda anda akan jumpa build.prop.Mungkin sestengah phone turut ada build.prop.bak.Jangan pilih yang tu cuma pilih build prop sahaja.
7- Open build.prop tadi.
8- Cari perkataan ro.product.model dan tukar model phone anda kepada model yang di perlukan.
9- Tekan menu untuk save setelah selesai.
10- Restart phone dan enjoy.
Selain daripada menukar nama, anda juga boleh menukar android version serta product brand serta beberapa perkara lain lagi.

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak maklumat tips dan tutorial dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here