Sony Xperia Yuga Hadir Dengan Quad Core Chipset,1080p Display,3GB Ram Dan 16MP Camera?

0
287 views
views

Android Beast, mungkin itu gelaran yang patut diberikan kepada smartphone terbaru daripada SONY ini.Jika berita mengenai penghasilannya benar, nampaknya SONY mengambil serius akan rancangan nya untuk mengatasi iPhone 5 dan juga Samsung Galaxy S3 bagi merebut gelaran smartphone terbaik dunia.Jika sebelum ini Sony Xperia ODIN hangat diperkatakan kini Sony Xperia Yuga muncul dengan spesifikasi tersendiri.

sony xperia yuga 2013

Khabar angin terbaru yang sedang bertiup kencang mengenai kemunculan Sony Xperia Yuga C660X yang akan mempunyai spesifikasi tinggi luar jangkauan.Antara spesifikasi phone tersebut yang bakal digunakan ialah Samsung Exynos 5 Quad Core chipset, 3GB Ram, 16MP Camera termasuk 5 inci 1080p Oled Display.Selain itu, Xperia Yuga akan turut mempunyai memori dalaman sebesar 128GB  termasuk bateri berkapasiti 3000 mAh.Ditambah pula dengan ciri-ciri kalis air serta tahan lasak seperti mana yang terdapat pada beberapa siri xperia smartphone sebelum ini [?]

Kedengaran agak mengarut namun mungkin benar SONY akan mengeluarkan smartphone berspesifikasi sedemikian memandangkan Samsung turut diperkatakan akan mengeluarkan smartphone terbaru mereka yang akan menggunakan Samsung Exynos 5 Quad Core chipset.Mengenai 1080p display yang akan digunakan, ia bukan sesuatu yang menghairankan memandangkan beberapa smartphone lain milik HTC telah pun menggunakan tekonologi skrin yang sama seperti HTC Butterfly, Droid Dna dan juga Deluxe DLX.

Beberapa khabar angin yang lain mengatakan ia hanya akan menggunakan 12MP camera dan kaca di bahagian belakang seperti Nexus 4.Namun, jika dilihat pada realiti sekarang, SONY mungkin tidak akan mengeluarkan phone sedemikian dalam masa terdekat memandangkna mereka belum pernah menggunakan tekonologi Oled Display pada skrin phone SONY termasuk bateri berkapasiti besar sehingga 3000 mAh.

Walau apa pun khabar angin yang sedang bertiup, SONY sepatutnya akan melancarkan smartphone tercanggih mereka bagi menyaingi Apple dan juga Samsung pada CES13 ataupun MWC13 pada tahun hadapan.Sama-sama kita nantikan.

Sumber –gsmarena

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi, tips dan juga tutorial dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here