Sony Xperia V Dilancar Di Malaysia Minggu Hadapan, Singapore 8 Disember Dan Indonesia Januari Depan

2
419 views
views
Berita baik bagi mereka yang tertunggu-tunggu kemunculan Sony Xperia V yang merupakan smartphone canggih Sony dengan paparan HD serta kalis air.Menurut Cnet Asia, mereka mendapat maklumat daripada pihak Sony Mobile yang mengatakan bahawa Sony Xperia V akan dilancarkan di beberapa buah negara Asia bermula minggu ini.

Pelancaran smartphone tersebut akan bermula di Singapore pada 8 Disember ini yang akan dijual pada harga S$698 [RM1800].Sony Xperia V di kenali sebagai The Bond Phone di Singapore berbeza dengan kebanyakkan negara lain yang menganggap bahawa Xperia T ialah The Bond Phone.

Menurut pihak Sony Mobile, Malaysia akan menerima smartphone tersebut pada minggu hadapan manakala Indonesia akan menerimanya pada bula Januari 2013.Harga bagi smartphone tersebut di kedua-dua negara masih lagi tidak diketahui dan ianya dijangka akan bermula sekitar RM1800 bagi malaysia.
Selain daripada Xperia V, Sony dijangka akan turut melancarkan Sony Xperia T dan juga TX secara rasmi.Bagi Xperia T dan TX, pengguna di Malaysia sudah mula boleh mendapatkan nya daripada beberapa peniaga dengan harga permulaan RM1500.Rujuk Harga Smartphone Sony Xperia T, TX Dan J Di Malaysia
sumber – CnetAsia

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

2 COMMENTS

  1. salam bro nk tnya la ak bri pkai xperia v Dlm 2 mgu. tp ak da terReset factory Setting. So skrg nie Ak Lupa samada phone Ak Nie ad x 3D & 2D panorama Pd Camera. AK rasa Mcm Dah Hilang La Apps nie Pd Camera . 1 Lagi Bateri ak Panas bila On9 n maen games. patut X Ak g sony Store atau ia Mmg biasa untk Phone Cm Nie..

    • 3D sweep panorama hilang?? cuba check betul2..sepatutnya ada.kalau betul takde kena tanya sony.tak pun try reinstall software guna Sony Ericcson update srvice [SEUS].
      Ttg phone panas, mmg kalau main games high end bateri akan cpt panas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here