Sony Mobile Kini Memperkenalkan Flashtool Milik Mereka

Flashtool, merupakan alatan paling penting bagi pemilik Sony Xperia dimana hampir kesemua proses yang melibatkan xperia smartphone perlu menggunakan flashtool ini.Dari proses mengemaskini firmware, format phone, flash kernel dan bermacam lagi kesemuanya memerlukan flashtool untuk berfungsi.

Menyedari betapa penting nya flashtool kepada pengguna xperia smartphone, team pembangun di Sony Mobile kini menghasilkan flashtool milik mereka sendiri bagi memudahkan lagi pengguna xperia yang telah melakukan proses unlocked bootloader tetapi ingin kembali kepada rom original [stock rom].
Sony merupaka syarikat yang memberi sokongan kepada pembangun rom yang mana turut menyediakan beberapa tutorial mengenai proses upgrade xperia smartphone di dalam blog milik mereka sendiri.Pihak mereka menyatakan bahawa , flashtool tersebut dikeluarkan bagi menunaikan permintaan beberapa pengguna yang ingin melihat pihak Sony mengeluarkan flashtool sendiri.

Walaubagaimanapun, tools tersebut masih dalam peringkat beta dan sehingga kini ia hanya menyokong phone seperti Xperia S, Arc dan juga Arc S yang telah di unlocked bootloader.

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak maklumat tips dan tutorial dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here