Sony Mengumumkan Dua Smartphone Terbaru : Xperia E Dan E Dual

0
287 views
views
Setelah maklumat mengenai nya bocor tidak berapa lama dahulu, kini Sony Xperia E dan juga Xperia E Dual diumumkan secara sah oleh pihak Sony Mobile.
Merupakan smartphone di dalam kelas pertengahan, kedua-duanya mempunyai skrin 3.5 inci HVGA , Qualcomm Snapdragon MSM7227A chipset berkelajuan 1GHz dan bateri berkapasiti 1530mAh termasuk camera belakang sebesar 3.2 MP.
Xperia E akan didatangkan dengan android 4.1 Jellybean manakala bagi E Dual pula akan didatangkan android 4.0 ICS yang boleh dikemaskini ke android 4.1 Jellybean.Memori dalaman bagi kedua-dua phone ini ialah 4GB yang disertakan dengan slot bagi sdcard.  
Xperia E Dual akan dijual di dalam warna hitam dan juga emas manakala Xperia E pula akan dijual dalam warna hitam, putih dan juga pink merah jambu.Kedua-dua smartphone tersebut dijangka akan berada di dalam pasaran pada awal tahun hadapan.
 

sumber –gsmarena

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here