Samsung Galaxy S3, Smartphone Paling Dicari 2012 Diikuti iPad 3

0
349 views
views

Nampaknya Samsung sudah mula menguasai pasaran dunia dengan produk serta jenama mereka.Beberapa tahun lepas, bila ditanya smartphone mana yang paling dicari dan dikehendaki jawapannya pasti iPhone, sebuah produk milik Apple.Kini, Samsung mengambil alih tempat tersebut dan produk terlaris mereka, Samsung Galaxy S3 menjadi smartphone paling dicari pada 2012 di Malaysia.Laporan tersebut ialah berdasarkan Google Zeitgeist, sebuah list atau senarai mengenai perkara yang paling dicari melalui enjin carian terkemuka dunia iaitu Google Search.

harga samsung galaxy s3 second hand murah

Mengikut ranking yang dikeluarkan, Samsung Galaxy S3 berada di tempat pertama diikuti iPad 3, iPad Mini, Samsung Galaxy Note 2 serta iPhone 4S yang berada di tempat kelima.Disebalik persaingan sengit serta aktiviti saman-menyaman yang berlaku antara Apple dan Samsung, ia sebenarnya telah menarik perhatian lebih ramai pengguna untuk melihat produk yang dihasilkan.

google zeitgeist 2012 ranking

Google Zeitgeist, sebuah laporan yang mengeluarkan indeks carian paling popular mengikut negara.Antara yang diindeks ialah Searches, People, Songs, Smartphones termasuk laman blog.Bagi yang berminat untuk mengetahui mengenai nya anda boleh rujuk link dibawah.

Google Zeitgeist 2012

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak maklumat tips dan tutorial dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here