Next Launcher : Android Launcher Berharga RM48 Daripada GO Dev

0
314 views
views

Bagi yang menggunakan android smartphone pasti mengetahui apa itu launcher yang merupakan elemen penting dalam sebuah phone android.Launcher ialah aplikasi yang diinstall pada android smartphone ataupun tablet yang berfungsi sebagai “rumah” kepada phone tersebut.Terdapat pelbagai jenis launcher yang ada di pasaran samada berbayar atau pun boleh di download secara percuma.

Next-Launcher.apk 1.0 free

Baru-baru ini, pihak GO Dev membuat kejutan dengan memperkenalkan launcher terbaru dari pihak mereka yang dinamakan sebagai Next launcher dan ianya telah pun diperkenalkan secara rasmi kepada umum.Membawakan beberapa fungsi yang amat-amat menarik, laju serta sangat smooth tanpa sebarang lag, ianya merupakan sebuah launcher yang sangat berbeza jika hendak di bandingkan dengan launcher sedia ada di pasaran.

SCREENSHOT

next launcher free 1

Pertama kali aku mencuba Next Launcher ini, memang agak terkejut dengan fungsi yang ada padanya.Agak susah untuk memberi penerangan mengenainya memandangkan fungsi yang ada pada launcher tersebut merupakan sesuatu yang agak baru dan agak asing terutama bagi mereka yang jarang menukar launcher pada phone masing-masing.Sangat berbeza dan sangat menarik.Bagi yang tidak biasa dengan nya pasti akan rasa sedikit teruja.

Namun, apa yang mengejutkan ramai pihak ialah, pengguna yang berminat untuk mencuba launcher tersebut dikehendaki membelinya pada harga yang langsung tidak masuk akal iaitu sekitar $16 [RM 48.00] di Google Play Store.Bagi yang berminat anda boleh download di Google Play.

DOWNLOAD NEXT LAUNCHER V1.0

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak maklumat tips dan tutorial dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here