Harga Sony Xperia Tablet S Di Malaysia

0

[dropcaps style="circle"]S[/dropcaps]etelah beberapa bulan dilancarkan, Sony Xperia Tablet kini telah pun tiba di Malaysia secara rasminya.Laman web Sony Malaysia telah pun menunjukkan harga untuk tablet terbaru dalam siri Xperia tersebut.Didatangkan dalam dua versi, pengguna mempunyai pilihan samada ingin memilih versi Wifi sahaja ataupun versi 3G.Bagi versi wifi sahaja harganya ialah RM1399 manakala bagi versi wifi+3G harga bermula RM 1,799.00 [16GB] dan RM1999 [32GB].

harga sony xperia tablet s di malaysia

Xperia Tablet S didatangkan dengan android 4.0 Ice Cream Sandwich dan berkemungkinan akan menerima Android 4.1 Jellybean di masa akan datang.Menggunakan Nvidia Tegra 3 Quad-core processor berkelajuan 1.3GHz,tablet ini turut dilengkapi 8MP camera dibahagian belakang dan 1MP camera dibahagian depan.

Pihak Sony Mobile turut mengadakan promosi baru sempena krismas ini dengan menawarkan Xperia Tablet S secara percuma untuk dimenangi oleh pelanggan yang melakukan “pre-order” tablet tersebut.Segala detail boleh dilihat disini.

harga sony xperia tablet s malaysia

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips serta tutorial dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

Share.

TINGGALKAN KOMEN ANDA