“Coming Soon” Nexus 4 Bakal Hadir Ke Malaysia Dalam Waktu Terdekat

0
273 views
views

Nampaknya laman web rasmi LG Malaysia telah mula meletakkan Nexus 4 dalam senarai smartphone mereka sebagai “coming soon”.Ini bermakna smartphone tercanggih milik Google itu akan dijual secara rasmi kepada pengguna di Malaysia dalam waktu terdekat.

harga nexus 4 di malaysia

Walaubagaimanapun, harga bagi phone tersebut masih belum diumumkan oleh pihak mereka.Nexus 4 merupakan siri terbaru Nexus Family daripada Google, menggunakan android terbaru 4.2 Jellybean disertakan dengan beberapa fungsi yang amat menarik terutamanya pada bahagian camera yang mampu mengambil gambar 360 darjah.

Phone ini menggunakan Snapdragon S4 Pro quad-core processor, 8MP camera, 2GB Ram dan didatangkan dalam dua versi iaitu versi 8GB dan 16GB.Skrin pada phone ini merupakan antara yang terbaik dalam pasaran yang menggunakan teknologi tahan lasak, Corning Gorilla Glass 2,

Google menetapkan harga untuk Nexus 4 hanya sekitar $299 [RM920] untuk versi 8GB danĀ $349 untuk versi 16GB membuatkannya menjadi rebutan ramai pengguna dan sering kehabisan stok untuk waktu sekarang.Ramai pihak menjangkakan LG akan meletakkan harga yang sedikit lebih tinggi dari apa yang ditawarkan oleh pihak Google.

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak maklumat tips dan tutorial dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here