Cara Upgrade Xperia X8 Ke Android 4.0 ICS : Rom SevenBean HallA

4

Pisculishi seorang pembangun XDA Dev yang giat membangunkan rom-rom untuk xperia X8 dimana rom terbaru miliknya iaitu SevenBean telah pun dikemaskini ke versi v.0.2 diberi nama Hall A.Sevenbean merupakan rom berasaskan CyanogenMod 10 iaitu android 4.1 Jellybean.

Jika dilihat dari segi antaramuka rom tersebut, ia menggunakan antaramuka Xperia S membuatkan phone nampak lebih kemas dan elegan.Pengguna perlu memastikan phone telah pun di unlocked bootloader terlebih dahulu sebelum menggunakan rom ini.Kernel yang diperlukan pula ialah nAa-JB kernel ataupun Oxydo JB.

Bagi yang berminat anda boleh ikut langkah-langkah install dibawah.Bagi mereka yang tidak biasa melakukan proses upgrade anda tak digalakkan untuk mencuba memandangkan ianya lebih sesuai untuk “Advance User”.

CARA-CARA INSTALL

1- Pastikan anda dah pun unlocked bootloader Xperia X8 masing-masing.
[Tutorial Cara Unlocked Bootloader Xperia X8] 2- Download rom tersebut dan masukkan ke dalam memori kad.
[Download] 3- Download Google Apps dan masukkan dalam memori kad.
[Download Gapps] 4- Flash kernel nAa-JB ataupun Oxydo-JB [nAa lebih mudah] [Download nAa-JB] [Tutorial Mudah Cara Flash Kernel Pada Xperia X8] 5-Selesai flash kernel, on kan phone dan sebaik sahaja logo nAa keluar, tekan back banyak kali sehingga cwm-recovery muncul.
6-Pilih wipe data kemudian Wipe Cache.
7-Pergi ke bahagian Mount&Storage kemudian pilih format system.
8- Flash rom tadi dengan cara install custom zip > choose from sdcard.
9- Selesai flash rom, jangan lupa flash google apps tadi.
10- Reboot dan enjoy.

Untuk pengetahuan anda, semua rom yang berasaskan Cyanogenmod 9 dan juga 10 masih lagi belum stabil dan terdapat beberapa bugs.Pastikan anda tahu apa yang anda lakukan untuk mengelakkan masalah daripada berlaku.

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial dunia android dan juga gajet atau anda boleh bertanyakan soalan kepada krew kami jika menghadapi sebarang masalah.

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

Share.

4 Comments

  1. sa telah ikut semua arahan unlocked bootloader n selepas tu flash kernel dan berjaya…tapi apabila saya on kan semula xperia x8 sa ia x dpt dihidupkan…

TINGGALKAN KOMEN ANDA