Cara Upgrade Dan Install Custom Rom Pada LWW : Xperia Ultimate HD V2.0

4
806 views
views
Sebelum ini dalam siri Tutorial Upgrade dan install custom rom pada Live With Walkman aku dah pun menulis mengenai cara-cara root dan juga install cwm-recovery tanpa perlu melakukan proses unlocked bootloader pada phone tersebut.Untuk siri ketiga yang juga merupakan langkah terakhir dalam proses upgrade, jom kita lihat cara install custom rom pada LWW yang belum di unlocked bootloader.

Xperia Ultimate HD merupakan sebuah rom yang berasaskan android 4.0.4 ICS milik stanlin salu dan telah diubah bagi meningkatkan lagi prestasi pada rom ICS tersebut.Aku dah pun cuba rom ni dan ianya amat memuaskan hati dari segala aspek.Tiada lag serta smooth dan laju ditambah dengan beberapa tweaks membuatkan rom ini terbaik dari segala segi buat masa ini.
Antara ciri-ciri yang menarik terdapat rom Ultimate HD ini ialah :
1- Menggunakan Aroma Installer yang membenarkan anda untuk membuat pilihan apa yang ingin diinstall dan apa yang tak ingin.
  -Boleh memilih mode yang diinginkan samada game mode atau multi-tasking mode.
  -Memilih bootanimation, theme dan launcher mengikut pilihan anda.
  -Boleh memilih samada walkman apps ingin diinstall ataupun tidak.
2- Ciri-ciri lain
Based on .587 Android 4.0.4 stable with AROMA Installer and CWM On LOcked Bootloader Selection
For All 2011 Xperia MDPI Devices
Advanced Options in Settings Includind OTA BUT OTA doesnot Support MDPI Devices
AOSP JB/ICS SetUP Wizard, NEW HOLO Themed Radio App and New Icons
JB/4.1.2 Google Play, Google Calender + White Sony Calender
100% Bloatware-free, Essential apps included
blazing fast and stable, bug free and 100MB free in / system-target is to achive even More
Latest Superuser, busybox, Prerooted, Busybox Setup in Script, Fixed Binary
Deodexed, notification LED fix, Supercharged, Patched Services, Time Killer Killed, Endless mulititasking, Maximun Override
Zipalinged, Fixed Permissions, Tons of tweaks – even tried to include Project BUTTER
Xperia S, Xperis T, Xperia GX, Xperis Tablet S and Xperia Sola System apps
Redesigned Wallpapers and Wallpaper Drawer
Jelly Bean Goodies, Like Fonts, Sounds, Animations, Emojis, Eastereggs
Redesigned Settings, Canlender, Camera, 3D Camera
Xperis V Album and Xperia T Movies
Xperia T & JB Statusbar with Settings and Clear All Button
Modded Holo Camera & 3D camera with new icons
Xperia Sola Keyboard And weather widget, Xperia T notes and calculator
Jelly Bean Adreno, Jelly Bean APNs, Arbic Language
Bagi yang berminat anda boleh mengikut langkah-langkah dibawah :

CARA-CARA INSTALL 

Pastikan anda menepati beberapa syarat di bawah bagi mengelakkan dari proses gagal.Rom dan proses ni telah di cuba sendiri oleh aku menggunakan SE Live With Walkman Android 4.0.4 ICS build .587 tanpa Unlocked Bootloader.
1- Pastikan anda dah pun root phone masing-masing.
2- Install Cwm-Recovery pada phone anda.
3- Download rom dan masukkan ke dalam memori kad.
    [Download]
4- Masuk kedalam mode recovery melalui cara restart phone dan bila logo SONY keluar, tekan volume down berulang kali sehingga recovery muncul.
5- Pilih full wipe/wipe data.
6- Kemudian pilih wipe cache.
7- Pergi ke bahagian “Mount&Storage” dan pilih format system.
8- Pergi bahagian Advance pilih Wipe Dalvik Cache.
9- Flash rom tadi melalui cara pilih “install custom zip > choose from sdcard > pilih file rom.
10 – Reboot bila selesai dan enjoy.
Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu ketika menggunakan rom ini.

1- CWM tidak boleh di akses.Selepas install rom ini anda perlu install kembali cwm mengikut tutorial install cwm pada LWW.
-Selesai install, cuba masuk mode cwm dan reboot phone.

2- Tiada option untuk masuk ke recovery.Anda perlu install boot option.Caranya
-Download reboot option kemudian masukkan dalam memori kad.
 [Download]-Restart phone dan bila logo SONY keluar,tekan volume down berulang kali untuk masuk ke dalam cwm recovery.
-Install file reboot option tadi.
-Reboot phone dan enjoy.

Selain daripada perkara diatas, prestasi rom ini amat memuaskan hati dan aku amat mengesyorkan untuk anda menggunakan rom ini berbanding stock rom.

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

4 COMMENTS

  1. bro…fon sy xperia pro lpas siap step ke 10 tu…kuar choose language …b sy xley tekan ape2..jd freeze..xbole boot dengan mode cwm..sy da try..tlong yer

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here