Cara Upgrade Dan Install Custom Rom Pada LWW : Xperia Ultimate HD V2.0.2

1
554 views
views

Xperia Ultimate HD merupakan sebuah rom yang berasaskan android 4.0.4 ICS milik stanlin salu dan telah diubah bagi meningkatkan lagi prestasi pada rom ICS tersebut.Aku dah pun cuba rom ni dan ianya amat memuaskan hati dari segala aspek.Tiada lag serta smooth dan laju ditambah dengan beberapa tweaks membuatkan rom ini terbaik dari segala segi buat masa ini.

Dan baru-baru ini, rom ini telah pun dikemaskini ke versi 2.0.2 yang membuatkan ia lebih lancar, laju serta smooth.

CARA-CARA INSTALL

Bagi pengguna Live With Walkman yang sedang menggunakan rom Xperia Ultimate HD V2.0 anda hanya perlu upgrade ke versi ini dengan mengikut langkah-langkah dibawah :
1- Download rom kemudian masukkan dalam memori kad.[Download] 2- Masuk ke mode cwm-recovery.
3- Pilih wipe cache.
4- Pergi ke bahagian Advance dan pilih wipe dalvik cache.
5- Install rom tadi.
6- Reboot.
7- Masuk semula cwm-recovery kemudian flash file Reboot Option Mod.
8- Done dan enjoy.

Bagi pengguna baru pastikan anda ikut langkah dibawah dengan berhati-hati :
Pastikan anda menepati beberapa syarat di bawah bagi mengelakkan dari proses gagal.Rom dan proses ni telah di cuba sendiri oleh aku menggunakan SE Live With Walkman Android 4.0.4 ICS build .587 tanpa Unlocked Bootloader.
1- Pastikan anda dah pun root phone masing-masing.
2- Install Cwm-Recovery pada phone anda.
3- Download rom dan masukkan ke dalam memori kad.
4- Masuk kedalam mode recovery melalui cara restart phone dan bila logo SONY keluar, tekan volume down berulang kali sehingga recovery muncul.
5- Pilih full wipe/wipe data.
6- Kemudian pilih wipe cache.
7- Pergi ke bahagian “Mount&Storage” dan pilih format system.
8- Pergi bahagian Advance pilih Wipe Dalvik Cache.
9- Flash rom tadi melalui cara pilih “install custom zip > choose from sdcard > pilih file rom.
10 – Reboot bila selesai dan enjoy.
Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu ketika menggunakan rom ini.1- CWM tidak boleh di akses.Selepas install rom ini anda perlu install kembali cwm mengikut tutorial install cwm pada LWW.
-Selesai install, cuba masuk mode cwm dan reboot phone.2- Tiada option untuk masuk ke recovery.Anda perlu install boot option.Caranya
-Download reboot option kemudian masukkan dalam memori kad.
[Download] -Restart phone dan bila logo SONY keluar,tekan volume down berulang kali untuk masuk ke dalam cwm recovery.
-Install file reboot option tadi.
-Reboot phone dan enjoy.Selain daripada perkara diatas, prestasi rom ini amat memuaskan hati dan aku amat mengesyorkan untuk anda menggunakan rom ini berbanding stock rom.

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here