Cara Root Xperia Ray Tanpa Unlocked Bootloader

5

Sony Ericsson Xperia Ray merupakan xperia siri 2011 seangkatan dengan Xperia Mini,Mini Pro,Live With Walkman dan juga smartphone tahan lasak pertama SONY iaitu Xperia Active.Smartphone ini didatangkan dengan android 2.3 GingerBread kemudiannya menerima kemaskini android 4.0.4 ICS.

Cara root dan upgrade phone-phone ini secara teknikal nya sama cuma yang berbeza ialah dari segi jenis file dan juga kernel untuk setiap phone.Kebanyakkan rom yang dihasilkan oleh pembangun XDA Dev kesemuanya sama dimana rom untuk LWW turut boleh diinstall pada Active dan Mini Pro.

Secara ringkasnya terdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan dalam proses ini :

– Pertama, flash kernel 4.1.A.0.562.
– Selesai flash kernel, baru phone boleh di root.
– Selesai root, flash balik kernel asal korang dan selesai.

Antara perkara yang perlu dipastikan terlebih dahulu sebelum proses flash kernel dan root dimulakan ialah :

p/s- Pastikan phone korang dah pun di update ke android 4.0.4 ICS.
p/s- Install ADB Drivers pada komputer anda.Kemudian restart.[Download] p/s- Offkan antivirus.

Bagi yang berminat dan phone menepati ciri diatas, anda boleh ikut cara root dibawah ni.

CARA-CARA FLASH KERNEL 4.1.A.0.562

1- Download flashtool kemudian install pada komputer.[Download] 2- Download kernel 4.1.A.0.562 [Download] 3- Copy kernel yang di download tadi, masukkan dalam folder C > Flashtool > Firmware
4- Pergi pada phone anda dan settings > Security > tick pada “Unknown sources”
5- Kemudian Settings > Developer options > tick pada USB debugging
6- Dan Settings > Xperia > connectivity > USB connection mode > select MSC mode

Selesai perkara diatas sila ikut tutorial dibawah :

1- Buka flashtool yang telah diinstall tadi dan ikut tutorial flash kernel dalam artikel Cara Flash Kernel.
2- PASTIKAN ANDA PILIH KERNEL 4.1.A.0.562. UNTUK FLASH.
3- Selesai flash, on kan phone masing-msing.
4- Pangkah flashtool tadi.

P/S – Mungkin lepas on phone anda akan tersekat/hang pada logo..Jangan risau..biarkan sahaja dan teruskan pada setep root dibawah.

CARA-CARA ROOT XPERIA RAY

1- Sambungkan phone pada komputer.Pastikan korang dah tutup [pangkah]flashtool tadi!
2- Biarkan 3 -4 minit bagi membolehkan driver LWW diinstall pada komputer.Lihat gambar.
3- Download file root dibawah dan extract.
[Download] 4- Lihat dalam folder yang di extract tadi, klik pada “runme.bat”.
5- Ikut arahan pada skrin.
5- Bila keluar perkataan “All Done” itu bermakna anda berjaya root LWW masing-masing.

Selesai proses root anda perlu flash balik kernel asal phone masing-masing samada 4.1.B.0.587ataupun 4.1.b.0.431. Ikut tutorial dibawah.

CARA-CARA FLASH KERNEL ASAL PADA XPERIA RAY

1- Pilih kernel asal phone masing-masing dan download kemudian masukkan dalam folder firmwares seperti diatas. [C > Flashtool > Firmware]

4.1.B.0.587
4.1.b.0.431

2- Ikut tutorial flash kernel di artikel Cara-Cara Flash Kernel dan sila pastikan anda pilih kernel yang BETUL untuk flash.
3- Selesai flash kernel yang betul, reboot phone anda dan done, phone anda telah pun di root.

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

Share.

5 Comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA