Cara Root Sony Xperia J ST26i Tanpa Perlu Unlocked Bootloader

10

Sony Xperia J merupakan smartphone dalam siri Xperia 2012 dimana ianya hanyalah sebuah smartphone dalam kategori “low-end” ataupun “low-entry” device.Smartphone ini didatangkan dengan andrioid 4.0.4 Ice Cream Sandwich dan pihak SONY telah pun menjanjikan kemaskini android 4.1 Jellybean untuk smartphone tersebut.

Seperti yang aku pernah sebutkan dalam artikel terdahulu mengapa android smartphone ini perlu di root beserta kelebihan serta keburukan nya, tak lengkap jika anda memiliki Sony Xperia J namun tidak root smartphone tersebut.

Dalam sesi kali ini jom kita lihat bagaimana cara paling mudah untuk melakukan proses root Xperia J tanpa perlu bersusah payah unlocked bootloader phone tersebut.

[one_half]
11.0.A.3.28
Boleh diroot
11.0.A.3.18
Boleh diroot
11.0.A.7.5
Tidak Boleh diroot
[/one_half]Setakat yang aku tahu, Xperia J mempunyai 3 jenis firmware berbeza mengikut update terkini.Antara firmware bagi smartphone tersebut boleh dilihat di sebelah.Pastikan firmware anda sesuai untuk di root kerana bagi mereka yang mempunyai 11.0.A.7.5 firmware, ianya tidak boleh di root.

 

Bagi yang berminat anda boleh ikuti langkah-langkah dibawah :

*PASTIKAN SEGALA DRIVER PHONE TELAH PUN DIINSTALL PADA KOMPUTER DENGAN CARA SAMBUNGKAN PHONE DAN TUNGGU 3-4 MINIT BAGI MEMBOLEHKAN DRIVER DIINSTALL

1- Pastikan firmware anda sesuai.Cara ini tidak berkesan bagi mereka yang mempunyai firmware .7.5
2- Pada phone anda tick pada USB Debugging [settings-> developer options ->USB debugging] 3- Download file “Root_J.zip” kemudian extract dekat desktop.[DOWNLOAD] 4- Sambungkan phone pada komputer.
5- Buka file “Runme.bat”
6- Tunggu sehingga proses selesai.
7- Enjoy.

Phone anda telah pun di root jika aplikasi superuser ada di dalam senarai aplikasi anda.Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android dan dunia gajet.Anda boleh bertanyakan soalan kepada krew kami di facebook jika menghadapi sebarang masalah.

Share.

10 Comments

  1. salam….
    sy baru guna xperia j. msalahnya skrg screen x berapa sensitif (x smooth pergerakan). bleh en bgtahu tak kenapa jd begitu?
    harap sudi bantu…
    tq…

  2. salam,

    sy dh dapat update jellybean, version 11.2.A.0.21. so care kat atas ni boleh pakai jugak ke x utk root xperia j?

TINGGALKAN KOMEN ANDA