Aplikasi Android Wajib Install : Windows Phone 8 [WP8] Launcher

0
445 views
views
Windows Phone 8 merupakan sistem operasi [Os] terbaru daripada Microsoft yang membawakan paparan bercirikan “tiles” seperti yang ada pada Windows 8 untuk komputer.WP OS merupakan antara sistem operasi yang amat laju dan lancar serta menggunakan paparan yang amat ringkas.
Bagi pengguna android anda boleh mencuba untuk memasang paparan ini di phone masing-masing menggunakan Windows Phone 8 launcher yang direka oleh pembangun dari China.Aplikasi yang dinamakan sebagai Launcher8 walaubagaimanapun hanya boleh didapati dalam bahasa China sahaja.
Namun, seorang pembangun dari XDA Dev berjaya menterjemahkan launcher tersebut ke dalam bahasa Inggeris memudahkan lagi pengguna untuk menggunakannya.Bagi yang berminat untuk mencuba nya anda boleh download dari link dibawah.
Launcher ini didatangkan sekali dengan “lockscreen” WP8 dan pengguna boleh melakukan “customization” seperti menukar warna tiles dll.
Jika anda berminat untuk menukar phone menjadi seperti Windows Phone 7, ikuti tutorial lengkap Cara Jadikan Android Smartphone Seperti Windows Phone 7
Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here