Android Theme : Facebook 2.0 Black Edition by B-boy™

1
348 views
views

Mungkin ramai yang mengetahui bahawa Facebook for Android telah pun di kemaskini ke versi 2.0 yang membawakan beberapa perubahan besar yang mengembirakan ramai pihak.Kemaskini 2.0 tersebut ternyata lebih laju dan ringan memudahkan lagi pengguna melayari facebook pada android smartphone masing-masing.Artikel mengenainya boleh di baca disini.

Terbaru, seorang pembangun di XDA Dev, B-boy™ telah pun mengeluarkan Facebook yang telah diubah warna nya kepada hitam.Aplikasi tersebut merupakan aplikasi asal Facebook for Android akan tetapi ditukar kepada warna hitam.Nampak agak elegan dan sesuai bagi mereka yang menggemari tema bercirikan gelap.Tiada perubahan yang dilakukan terhadap fungsi Facebook tersebut melainkan hanya warnanya yang diubah.

Pengguna mungkin akan merasai beberapa bugs memandangkan ianya masih baru.Namun, tiada masalah besar yang dihadapi.Segalanya berfungsi dengan baik tanpa masalah.Bagi anda yang berminat untuk mencuba anda boleh mengikuti langkah-langkah dibawah.

[one_half] [accordions]
FacebookBlack.APK
[/accordions][/one_half]CARA-CARA INSTALL
1- Uninstall aplikasi asal Facebook pada phone anda.
2- Download facebookblack.apk dan masukkan dalam memori kad.
3- Install seperti biasa.
4- Done dan enjoy.

Nampak menarik sebenarnya Facebook dalam versi gelap sebegini lagi-lagi buat mereka yang minat warna gelap mungkin akan merasakan bahawa versi ini jauh lebih cantik berbanding asal.

Apa-apa pun, jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak tips tutorial dan informasi mengenai dunia android dan juga gajet ataupun anda boleh bertanyakan soalan kepada krew kami jika menghadapi sebarang masalah.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here