Update Android 4.1 Jellybean Samsung Galaxy S2 SGS2 Semakin Hampir

0
339 views
views
Baru-baru ini kecoh mengenai firmware rasmi [official firmware] android 4.1 Jellybean untuk Samsung Galaxy S2 bocor kepada umum.Firmware tersebut yang dibocorkan oleh salah seorang pengguna di XDA Dev memberi petanda bahawa kemaskini rasmi bagi smartphone tersebut akan hadir dalam masa waktu terdekat.

Sebelum ini juga, laman web terkenal techradar ada mengatakan bahawa kemaskini android 4.1 Jellybean akan dikeluarkan kepada SGS2 dan juga Galaxy Note.Satu perkara yang tidak pelik kerana smartphone dengan dual-core processor mampu menggunakan android 4.1 tanpa sebarang masalah.
Namun tak dapat dipastikan samada firmware yang dibocorkan tersebut sesuai atau tidak dengan SGS2 versi lain seperti SGS2 I9100G.Beberapa pengguna melaporkan bahawa, firmware tersebut tidak mempunyai masalah dan pengguna lain mungkin akan menjumpai beberapa bugs kecil.

SCREENSHOT

Bagi yang berminat untuk mencuba firmware ini pada SGS2 masing-masing anda perlu pandai menggunakan Odin untuk flash firmware tersebut.Rujuk forum XDA Dev untuk mendapatkan link download.

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here