Ujian Hentakan Pada Xperia X8

0
270 views
views
Mungkin ramai tak tau apa akan jadi kalau xperia x8 masing-masing terjatuh terhentak atau terhempas ke tanah.Samada retak, pecah atau mati terus tiada siapa berani untuk cuba hentak phone masing-masing.

Sebelum ini, xperia x8 milik aku pernah terjatuh ketika berjalan di shopping mall menyebabkan penutup port untuk sambung cabel dan cas bateri tercabut serta cover pecah sedikit.Itu merupakan kejadian paling teruk dan phone tersebut pernah berpuluh kali terjatuh secara tak sengaja dari ketinggian sederhana ketika dipegang.
Memandangkan aku berkelapangan semalam so aku memutuskan untuk cuba menjalankan ujian hentakan pada xperia x8 dan lihat apa yang akan terjadi pada phone tersebut.Hentakan tersebut di jalankan sebanyak 2 kali.
Hasilnya :
1- Bateri, cover belakang tercabut.Perkara normal berlaku bila phone terjatuh [?]
2- Body dalam [warna hitam] pecah di bahagian tepi [bawah tempat memori kad dipasang]
3- Memori kad shot.Rosak terus. [Mungkin kerana jenama murah.[?]
4- Skrin pecah sebesar ibu jari.
5- Phone selalu restart. [rom GingerZaraki Final, mungkin kerana tiada memori kad?]
5 perkara diatas merupakan kesan utama yang jelas kelihatan bila phone tersebut di hentak ke lantai pada kadar yang amat kuat.Anda tahu apa yang menakjubkan?
1- Fungsi touchscreen masih berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah kurang sensitif atau sentuhan lari.
2- Cover phone masih berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan.
Anda tidak digalakkan untuk mencuba perkara ini dimana sahaja.Ujian diatas dilakukan secara sukarela dan hanya untuk suka-suka bukan untuk menggalakkan anda turut melakukan perkara yang sama.Konklusinya : Xperia X8 merupakan phone yang agak tahan lasak serta mempunyai cover body yang sangat kuat.

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here