Tutorial Cara Tukar Bootanimation Pada Android Smartphone

17
2,051 views
views

Bagi sesiapa yang menggunakan android smartphone pasti akan perasaan satu animasi akan keluar sejurus selepas kita on kan phone masing-masing.Setiap animasi tersebut berbeza mengikut jenis phone dan jenama phone itu sendiri.Animasi tersebut dipanggil sebagai bootanimation.


Pembangun di XDA Dev juga tidak ketinggalan untuk menghasilkan bootanimation sendiri untuk rom milik mereka dan ada juga yang mengambil bootanimation pada smartphone lain kemudianya di “port” kan pada rom masing-masing.

Antara bootanimation yang terkenal ialah

Cyanogenmod 9
Sony Xperia Tablet S

Untuk artikel kali ni jom kita lihat bagaimana cara untuk tukar bootanimation pada phone masing-masing.Sebelum melakukan proses ini antara perkara yang korang perlu tahu ialah :

1- Pastikan bootanimation yang dipilih sesuai dengan saiz skrin phone masing-masing samada mdpi (medium), hdpi (high), dan xhdpi (extra high).
2- Phone perlu di root terlebih dahulu.

CARA-CARA TUKAR BOOTANIMATION

1- Pastikan phone dah di root.
2- Download root explorer dan install pada phone masing-masing.
3-Download file bootanimation yang diingini dan masukkan dalam memori kad.
4- Buka root explorer yang telah diinstall tadi dan tekan pada “Mount R/W”
5- pergi ke bahagian system > media > delete bootanimation.zip yang lama.
6- Kemudian pergi ke bahagian sdcard > cari file bootanimation.zip tadi dan copy.
6- Lepas copy, pergi ke bahagian system > media > paste file tadi.
8- Siap.Cuba restart phone dan lihat bootanimation yang baru tadi samada jadi atau tak.

Koleksi bootanimation yang ada akan di update selepas ini atau mungkin korang boleh mencuba Bootanimation Cyanogenmod 9

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak maklumat tips dan tutorial dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

klik Like | Tweet | G+ Share

17 COMMENTS

  1. Kalo nak tukar default bootanimation dalam ROM ultimate HD v2.0.2 ( xperia Live with Walkman ) boleh x? takot boot loop malas nak flash balek :3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here