– Semak Senarai harga terkini smartphone di Malaysia
2- Tetapkan Tujuan Untuk Apa Kita Beli Phone tu?
– Masa nak beli phone tu tetapkan kita suka/nak jenis phone yang mana.Contoh : Kita nak phone yang ada camera canggih berbelas megapiksel [MP] mudah ambil gambar dan instagram gambar jadi, pilihan terbaik ialah smartphone yang cameranya 8 Megapiksel keatas sahaja.Bagi phone yang cameranya 8MP kebawah kita dah boleh tolak dan buang dari senarai.-Smartphone dengan camera terbaik setakat ini ialah barisan Sony Xperia 2012 seperti Acro S, Ion , Xperia S, Xperia T [13MP] , Xperia TX [13MP] etc etc.Sila pastikan bajet anda bersesuaian terlebih dahulu.
3- Spesifikasi Phone / Ciri-Ciri Phone.
– Aspek yang penting.Beberapa perkara yang perlu di ambil tahu ketika nak beli android smartphone :
a- Versi Android
– Sebelum pilih, lihat dahulu versi yang digunakan pada phone tersebut.Kalau boleh pastikan phone tu menggunakan android terkini dan terbaru kerana prestasi nya lebih mantap.
-.Secara ringkas : Sila pilih phone yang menggunakan android 2.3 Gingerbread keatas samada android 4.0 Ice Cream Sandwich atau android 4.1 Jellybean ataupun android 4.2 jellybean.
versi android dan processor[cpu] pada Xperia Acro S vs Xperia SL. |
– Dengan memlih versi android terkini kita dah boleh tolak tepi phone yang menggunakan android lama.Secara tak langsung, memudahkan lagi proses memilih.
b- Processor
-Aspek yang agak penting.Bila nak guna smartphone, kita mesti taknak phone tu tersekat-sekat, lag , tak smooth dan lembab.So, cara terbaik ialah pilih phone yang guna processor yang mantap berkelajuan 1Ghz keatas bersesuaian dengan bajet kita.
c- Memori Dalaman [Internal Memori] Dan Memori Kad.
– Yang ni pun boleh tahan penting.Android smartphone membolehkan kita untuk install 1001 aplikasi dan games.Bila nak install aplikasi dan games ni akan memerlukan ruang memori yang cukup.Lagi besar lagi bagus.
memori pada Xperia Acro S vs Xperia SL |
-Tapi, bergantung kepada diri kita.Kalau jenis tak suka install banyak aplikasi dan tak suka main games sangat, memilih phone yang mempunyai ruang memori bersaiz biasa dah mencukupi sebenarnya.
4- Buat Perbandingan.
-Lepas kita nilai kesemua ciri-ciri dekat atas tu, cuba pilih 2 phone yang kita rasa terbaik dan bertepatan dengan ciri-ciri dekat atas tadi tu, kemudian buat perbandingan.
-Contoh : Lepas nilai kesemua ciri diatas, kita dah putuskan bahawa nak pilih Sony Acro S atau Sony Xperia SL.Bandingkan kedua phone tu.Buka GSMArena dan bandingkan kedua-duanya.Contoh :
5- Kesimpulan.
-Pendek bukan tips dekat atas ni? Ini bagi memudahkan anda membuat pilihan.Tak perlu panjang-panjang, secara ringkas dah cukup.Kesimpulannya yang lebih ringkas dan padat :
1- Pastikan bajet kita berapa.
2- Kemudian, tentukan jenis mana yang kita nak.Pilih phone.
3- Lepas itu, tengok versi android, processor, memori phone, dan ciri-ciri lain yang rasa perlu.
4- Buat 2 pilihan yang kita paling nak dan buat perbandingan antara kedua phone tu.
5- Pilih phone, pergi ATM cucuk duit, kemudian pergi kedai phone dan beli phone tu.
Tips yang lebih detail anda boleh baca di MrPiratz.Kalau nak tanya pendapat smartphone mana yang best dan sesuai untuk anda, boleh berhubung dengan admin di facebook page soleheendotcom atau di ruang komen dibawah.
[…] Jika dilihat dari perbandingan antara spesifikasi diatas, agak sukar sebenarnya untuk menyatakan mana yang terbaik memandangkan harga bagi setiap smartphone adalah berbeza.Jadi untuk memudahkan proses pemilihan, pastikan anda baca terlebih dahulu Tips Memilih dan Membeli Smartphone Terbaik. […]
[…] pilihan yang tepat, jangan sampai membazir membeli sesuatu yang bukan keperluan.Rujuk artikel Tips Panduan Memilih Smartphone Terbaik sebagai panduan untuk […]
[…] panduan Memilih dan Membeli Phone Terbaik yang telah di sediakan bagi membantu anda membuat pilihan yang lebih bijak.Bagi yang meminati […]