Tips Memilih Dan Membeli Tablet Terbaik

4
6,114 views
views
Jika anda perasan, kini memiliki smartphone dan tablet menjadi trend dikalangan pengguna.Jika dahulu susah untuk kita lihat seorang yang bekerjaya menggunakan tablet akan tetapi kini untuk melihat seorang kanak-kanak berusia 3 tahun ralit bermain menggunakan iPad sangat mudah.Pelbagai faktor menyumbang ke arah meningkatnya jumlah pengguna namun bukan itu yang ingin dibincangkan.

 

Ramai pengguna kini terutama remaja semakin tertarik untuk membeli tablet dan smartphone untuk kegunaan diri, malangnya kebanyakkan dari mereka membeli sesuatu itu secara membabi buta tanpa mengambil kira faktor penting dan tablet manakah yang terbaik buat mereka.Dalam kes sebegini, ia selalunya akan berakhir dengan pengguna tersebut menyesal dan mengutuk produk yang dibeli dek kerana tersalah pilih.

Jadi, apakah tips terbaik untuk anda memilih dan membeli tablet yang sesuai untuk kegunaan diri?Tips-tips dibawah mungkin sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk memilih apa yang terbaik.

TIPS MEMILIH TABLET TERBAIK

3 Perkara asas dan beberapa perkara sampingan memang merupakan perkara yang anda patut tahu dan ambil berat mengenainya.

1- Tujuan Anda Membeli Tablet, Keperluan atau Kemahuan?

– Sebelum membeli apa-apa barang sekalipun perkara utama yang perlu diambil kira ialah tujuan kita beli sesuatu barang itu.Tentukan samada ia memang keperluan atau anda sengaja ingin berhabis duit membeli perkara yang tak penting dan tak perlu.

– Dengan ada nya tujuan, ia akan dapat menentukan samada duit yang anda laburkan itu berbaloi atau tidak.

2- Harga Bukan Penentu Kualiti.

– Melihat kepada harga dalam memilih sesuatu barang sebenarnya agak bijak akan tetapi jika anda melihat kepada harga dalam menentukan kualiti sesuatu barang, anda mungkin telah melakukan kesilapan besar.

-Sebagai contoh : Aminah merasakan bahawa tablet yang berharga RM3000 sangat berkualiti sebab itu harganya mahal.

-Aminah melakukan kesilapan dimana pada hakikatnya, mungkin harga yang mahal itu bukan terletak pada kualiti tapi lebih kepada jenama tablet itu sendiri.Disebabkan jenama tablet itu ialah Durian, ia menjadi lebih mahal.

3- Jenama Dan Penghasil Tablet.

-Kebanjiran pelbagai jenis tablet di pasaran menyebabkan ramai antara kita pening, yang mana satu kah yang terbaik.Dalam hal ini, apa yang perlu anda lakukan ialah lihat kepada si pembuat tablet tersebut.

-Pada kebiasaanya, tablet yang berjenama adalah lebih selamat untuk dibeli berbanding anda membeli tablet dari negara atau pembuat entah mana-mana.Ada sebab mengapa tablet Apple menjadi sangat terkenal dan ada sebab mengapa Tablet Samsung menjadi kegilaan.

– Cuba anda fikir, yang manakah lebih terjamin.Membeli tablet dari Samsung dengan fungsi yang hebat berserta warranty dan servis pelanggan yang sangat baik atau membeli tablet China yang anda sendiri tak tahu apa syarikat mana yang hasilkan, tiada warranty dan tiada orang yang hendak dirujuk ketika masalah berlaku.

– Antara jenama terkenal di dunia sekarang ini ialah Asus, Motorola , Apple dan Samsung.Melihat kepada banyaknya jenama terkenal yang boleh dipilih, anda mungkin boleh menimbangkan faktor ini iaitu jenama manakah yang selalu mengemaskini perisian dan firmware pada produk mereka.

-Untuk rekod, jenama yang selalu mengemaskini produk mereka mengikut peredaran masa dan laju ialah Asus, Motorola dan Apple.Maaf kepada pengguna Samsung, ia bukan syarikat yang selalu mengemaskini produk sendiri mengikut peredaran masa.

PERKARA SAMPINGAN YANG PERLU DIAMBIL KIRA

1- Saiz Tablet

 

-Memilih saiz yang tepat bagi kegunaan diri agak penting sebenarnya.Terdapat 3 jenis saiz tablet yang berada di pasaran kini iaitu 7 inci, 8.9 inci dan 10.1 inci keatas..Saiz yang berbeza sudah tentu harganya juga berbeza.So, pilih saiz yang mengikut keperluan anda sahaja kerana ia mampu menjimatkan perbelanjaan anda.

2- Processor Dan Kelajuannya

– Merupakan aspek yang agak penting juga, ini akan menentukan pengalaman anda menggunakan tablet yang dibeli samada tablet tersebut laju dan smooth ataupun lag dan tersekat-sekat ketika menggunakan aplikasi yang diinstall atau bermain games padanya.

– Memilih processor terkini merupakan 1 langkah bijak bagi memastikan kepuasan anda berada di tahap maksima ketika menggunakan tablet yang dibeli.Antara processor yang terkini berada di dalam pasaran ialah :

a–  Apple A6X [iOS] b–  Nvidia Tegra 3 [Android] c– Samsung Exynos -quad-core Exynos 5250 [Android] d–  Qualcomm Snapdragon 4 [Android]

– Sekali lagi, semuanya bergantung atas diri anda, jika anda hanya mahukan tablet berkuasa biasa/sederhana mungkin anda boleh memlih tablet yang menggunakan processor biasa kerana harganya yang lebih murah.

3- Kualiti Skrin / Saiz Skrin

– Ini juga merupakan aspek yang perlu diambil kira ketika ingin memilih tablet yang sesuai untuk anda.Memilih tablet yang menggunakan skrin beresolusi rendah akan menyebabkan pengalaman menggunakannya tidak lagi menyeronokkan.Ini kerana, resolusi yang rendah akan menyebabkan gambar pada tablet tersebut kelihatan buruk,huduh, pecah dan kelihatan lama.

 

-Cuma bayangkan, anda ingin menonton video/movie, mana satu yang menjadi pilihan samada menontonnya pada skrin HD atau skrin biasa yang akan menyebabkan gambarnya buruk.

4- Sistem Operasi [OS]

– Sistem operasi, memang jika hendak dibandingkan atau di bawa berdebat untuk lihat siapa lebih hebat ianya tidak akan menemui kesudahan.Apa yang penting disini, ikut minat anda dan pilih mana 1 yang anda rasakan lebih sesuai untuk diri masing-masing.

-Android dan iOS [Apple] kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing dan fungsi tersendiri.Apa yang anda boleh lakukan ialah pergi rasai sendiri kedua-dua jenis di kedai-kedai berdekatan dan pilih mana yang lebih sesuai.

5- Rekabentuk Tablet.

– Bagi yang mementingkan kekemasan dan aspek rekabentuk, anda boleh pertimbangkan perkara ini.Memilih tablet yang mempunyai menarik tidak semestinya akan memberikan kepuasan kepada anda.Cuba pilih tablet yang sedap di pegang selesa, tidak terlalu berat dan mudah dibawa kemana-mana.

Pastikan anda membuat keputusan yang terbaik bagi mengelakkan rasa menyesal atas kesilapan memilih.Baca juga artikel “Smartphone Terbaik : Android vs Apple” dan Tips Memilih dan Membeli Smartphone Terbaik“.

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

4 COMMENTS

  1. di mana boleh saya dapatkan Zync Z-930 Tablet Android 4 di dalam negara kita. adakah ia suatu pembelian yang bijak. saya ingin menghadiahkan kepada anak saya yang berumur 12 tahun. kegunaan beliau mungkin untuk bermain game dan melayari internet dengan wifi. harap beri nasihat. terima kasih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here