Smartphone Berspesifikasi Tinggi Sony Akan Dikeluarkan Bagi Menyaingi iPhone/S3

0
225 views
views
Perang teknologi antara pengeluar sejak akhir-akhir ini semakin rancak dengan pengumuman demi pengumuman dibuat mengenai smartphone berspesifikasi tinggi [High-End] akan dikeluarkan oleh pengeluar masing-masing.
Jika Samsung terlebih dahulu mengeluarkan Galaxy S3 yang dikatakan sebagai smartphone tercanggih setakat ini, HTC turut mengambil langkah mengumumkan HTC DROID DNA, “android beast” yang mempunyai skrin beresolusi tinggi 1080p disamping spesifikasi tinggi yang ada padanya.DROID DNA dikatakan bukan untuk pasaran antarabangsa walaubagaimanapun HTC dijangka akan memperkenalkan HTC DELUXE yang merupakan DROID DNA versi antarabangsa.

Melihat kepada perkembangan ini, Sony turut mengambil langkah akan memperkenalkan smartphone berspesifikasi tinggi untuk bersaing dengan jenama-jenama lain.Tiada sebarang spesifikasi rasmi dikeluarkan oleh pihak mereka dan antara khabar angin yang sedang hangat diperkatakan ialah Sony C660X ‘Yuga’.’Yuga’ akan mempunyai skrin 5 inci dengan paparan 1080p dilengkapi dengan Quad-Core Krait CPU beserta 13mp camera.

Sony Yuga [credit-android schwetz]

Pengurus Jualan dan Pemasaran Sony Mobile, Dennis van Schie mengatakan pihak mereka sudah bersedia untuk mengeluarkan smartphone berspesifikasi tinggi untuk bersaing dengan model seperti Iphone 5 dan SGS3.Menurutnya lagi, pihak Sony Mobile tidak merancang untuk menggunakan Windows Phone 8 pada model-model mereka dan hanya akan memfokuskan pada android sahaja buat masa ni.Beberapa tablet baru akan turut diperkenalkan nanti.
sumber – gsmarena

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here