HP MEMPERKENALKAN BARISAN PRINTER TERBARU MENGGUNAKAN TEKNOLOGI TERKINI

0
1,962 views
views

———–THIS IS SPONSORED POST————

Hewlett-Packard atau lebih dikenali sebagai HP merupakan sebuah jenama yang memang dah tak asing lagi dalam kalangan pengguna terutama di Malaysia.Sebagai sebuah syarikat teknologi terbesar HP terus komited mengeluarkan barangan elektronik yang berkualiti tinggi seperti computer, laptop dan printer untuk para pengguna setia mereka.
Terbaru pihak HP memperkenalkan printer terbaru mereka yang dilengkapi teknologi terkini dengan beberapa ciri-ciri menarik.Sesuai untuk kegunaan untuk semua golongan termasuk pelajar dan keluarga set printer ini merupakan pilihan tepat jika korang tercari-cari printer untuk kegunaan harian.

 

ketika Majlis Pelancaran
Nampak Artwork dekat belakang tu? Ianya menggunakan Ink Cartridge yang cuma berharga RM37


Printer tersebut didatangkan dalam 2 model iaitu:
·         The HP Deskjet Ink Advantage 2520hc All-in One printer

 

    Pandang Sisi 2520c                                

  Pandang Hadapan 2520c


·         The HP Deskjet Ink  Advantage 2020hc printer

Mungkin ramai tertanya-tanya apakah keistimewaan 2 model ni, antara perkara paling istimewa ialah korang akan dapat menikmati penjimatan ketara ketika print dokumen dengan penggunaan set cartridge yang hanya berharga RM37 tetapi mampu menghasilkan kira-kira 1500 salinan print.Serius itu sangat menakjubkan.Harga bagi HP Deskjet Ink Advantage 2520hc All-in One printer ialah RM389 seunit manakala bagi model HP Deskjet Ink  Advantage 2020hc printer ianya berharga RM299.Murah gila!
Ikut pengalaman aku yang selalu guna printer jenama lain, masalah biasa yang terjadi ialah dakwat tak keluar, kertas tersekat la dan macam-macam lagi.Semua masalah tersebut takkan berlaku jika korang gunakan printer ni sebab ianya memang direka khas untuk “heavy use”.Paling best printer ni mampu print dokumen sebanyak 7 helai seminit, laju dan jimat masa!
Bercakap mengenai cartridge dakwat pada printer ni mungkin ramai tak percaya bila aku kata dengan hanya RM37 ia mampu menghasilkan sebuah “artwork” bersaiz 93.5m2 .Ianya dihasilkan oleh Red Hong Yi  seorang artis-arkitek terkenal di Malaysia menggunakan cartridge dakwat dari HP.Video mengenai hasil seni tersebut boleh di tonton dibawah.Serius cool. Itu belum termasuk dengan keupayaan cartridge dakwat tersebut yang mampu menghasilkan 1500 salinan dokumen dan kualiti yang dihasilkan mengkagumkan, berkualiti tinggi! Harga yang rendah dengan keupayaan yang menakjubkan.
 Artwork Red Hong Yi
Video dibawah ni menunjukkan bagaimana kerja tersebut dilakukan.Sangat menarik dan cool!
Behind the scene
Selain dari 2 model diatas, HP turut mengeluarkan model lain seperti HP Deskjet Ink Advantage 5525 dan 6525e-All-in-One printers sebuah set printer dengan keupayaan untuk print terus dari smartphone. Apa yang menarik mengenai teknologi ini ialah, proses printing boleh dilakukan secara “wireless” tanpa sambungan wayar dari smartphone anda.
Bagi aku printer ni merupakan pilihan terbaik bagi korang untuk dibeli memandangkan banyak kelebihan yang akan korang dapat jika menggunakannya berbanding printer jenis lain.Teknologi print secara wireless sangat menjimatkan masa serta tenaga kerja.Tak perlu lagi tercari-cari pendrive untuk di cucuk bila nak print,tak perlu risau dah pendrive hilang atau tak cukup port untuk cucuk, apa yang korang perlu lakukan ialah cuma masukkan dokumen yang ingin di print ke dalam phone dan print secara wireless dan kerja korang siap dalam masa yang sangat pantas.
Antara ciri lain yang menarik perhatian aku ialah teknologi mobile printing dan e-print yang terdapat pada printer ni.Jadi apa yang dimaksudkan dengan mobile printing dan e-print ni? Maklumat dibawah ialah apa yang aku perolehi dari pihak HP mengenai ciri-ciri teknologi tersebut dan apa yang dilakukan olehnya.

1-     Print dengan mudah dari smartphone melalui apa yang dinamakan sebagai HP Wireless Direct Printing.
2-     Print secara virtual dari mana-mana sahaja menggunakan aplikasi HP ePrint untuk Apple dan juga Blackberry.Terdapat juga aplikasi HP Printer Control yang membenarkan pengguna untuk mengawal proses printing seperti scan dan copy dari smartphone Apple masing-masing.
3-     Scan untuk email samada gambar ataupun dokumen menggunakan printer.
4-     HP Print Apps memberikan access terus untuk print secara online samada buku, kad ucapan dan pelbagai lagi.
Pengguna yang memilih untuk menggunakan HP Deskjet Ink Advantage 6525 e-All-in-One printer akan mendapat kelebihan iaitu penjimatan penggunaan kertas print dengan menggunakan aplikasi yang disedia oleh pihak HP iaitu HP Eco App.Antara fungsi aplikasi tersebut ialah paper-saving setting yang membolehkan kita mengawal proses print dan mampu melakukan penjimatan kertas sehingga 50%.
1001 satu kelebihan yang ada printer ni.Sangat mesra pengguna dan memudahkan pengguna untuk melakukan kerja.Untuk rekod, HP Deskjet Ink Advantage 5525 berharga RM469 dan 6525 e-All-in-One printers berharga RM599.Sebuah printer mampu milik oleh semua golongan Manakala HP Deskjet Ink Advantage 2515 pula sebuah printer “all in one” yang berbentuk compact serta mampu milik dengan keupayaan untuk melakukan proses scan dan copy.Sesuai untuk kegunaan pelajar.
Sebagai seorang pelajar Universiti yang 24/7 kena print assignment dan tinggal dalam keluarga cikgu, serius printer ni merupakan pilihan tepat bagi kami sekeluarga.Berapa je sangat harga dia jika nak dibandingkan keupayaan serta prestasi yang ada dekat printer ni, dari membazir duit beli benda tak berfaedah baik laburkan duit tu untuk beli perkara macam ni.

—–Sponsored Post——–

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here