Antara ciri-ciri yang bakal ada Pokok Electree+ ini ialah :
1- 27 panel solar berkualiti tinggi akan diletakkan sebagai daun.
2- Tenaga yang terkumpul akan disimpan di dalam bateri berkapasiti 14,000mAh yang mampu mengecas iPhone sebanyak 9 kali, Samsung Galaxy S3 7 kali dan iPad 2 sebanyak 2 kali di dalam gelap tanpa cahaya matahari
3- Dilengkapi dengan 2 cabel pengecas yang sesuai untuk kebanyakkan smartphone.
4- Pokok ini hanya memerlukan masa 4 jam sahaja untuk dicas sepenuhnya bagi digunakan untuk mengecas smartphone.
5- Akan didatangkan dalam beberapa pilihan warna.
6- Dilengkapi dengan NFC yang boleh mengawal beberapa fungsi lain
7- Boleh mengecas smartphone secara “wireless”.
Idea yang amat menarik sebenarnya ditambah dengan rekabentuk yang cantik serta kemas.Anda boleh baca lebih lanjut mengenai Projek Electree+ ini di Kickstarter.