Cara Upgrade Galaxy Mini Ke Android 4.1 Jellybean : Rom Slim Series

1
Bagi pengguna Samsung Galaxy Mini yang selama ini ternanti-nanti android 4.1 Jellybean pada smartphone masing-masing, kini anda boleh install android versi terbaru tersebut menggunakan rom Slim Series yang menggunakan android 4.1 sebagai asas.

Setelah mencubanya untuk beberapa ketika, prestasi yang ditunjukkan agak mengkagumkan, laju smooth dan tak lag.Jumlah aplikasi yang diinstall juga sangat minima dan tiada “bloatware” yang dimasukkan pada rom tersebut.Ini menjadikan rom tersebut lebih ringan dan laju.

Kesemua aplikasi utama pada rom tersebut berfungsi dengan baik termasuk lah camera dan juga rakaman video.Sesuatu yang amat baik kerana kebanyakkan rom yang berasaskan android 4.0 ICS ataupun 4.1 pada kebiasaanya akan mengalami masalah pada video dan juga rakaman tapi tidak pada rom ini.

Bagi yang berminat anda boleh mengikut langkah-langkah install dibawah ni :

CARA-CARA INSTALLĀ 

1- Pastikan phone korang menggunakan android 2.3 dan dah pun root serta install clockworkmod recovery pada phone masing-masing.Bagi yang dah pun menggunakan custom rom korang boleh terus ke langkah 2
2- Download rom dan juga google apps for jelly bean kemudian masukkan kedalam memory kad.
3- Masuk ke mode cwm-recovery.
4- Lakukan full wipe/wipe data dan jangan lupa untuk wipe cache
5- Install rom tadi dengan cara ” install custom zip > choose from sdcard “
6- Selesai install rom pastikan korang install Gapps-JB tadi menggunakan cara yang sama untuk install rom.
7- reboot dan enjoy android 4.1 pada samsung galaxy mini masing-masing.

Selesai proses diatas proses reboot pada kali pertama akan mengambil masa sedikit sekitar 2-3 minit.Bersabar dan tunggu sehingga proses reboot selesai dan enjoy.

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

Share.

1 Comment

TINGGALKAN KOMEN ANDA