Bahagian Belakang Nexus 4 Terlalu Mudah Retak Dan Pecah?

0
330 views
views
Nexus 4, sebuah smartphone terbaru daripada Google yang berada dibawah jenama LG.Phone tersebut menggunakan android terbaru 4.2 Jellybean selain mempunyai spesifikasi yang boleh dikatakan agak canggih.LG Nexus 4 menjadi sebutan ramai memandangkan ianya dijual pada harga permulaan yang sangat rendah iaitu sekitar $299 [RM900] untuk versi 8GB dan $349 [RM1100] untuk versi 16GB.

 Namun, apa yang mengecewakan kebanyakkan pengguna yang telah pun memiliki phone tersebut ialah masalah pada bahagian belakangnya didapati terlalu mudah untuk pecah dan retak.Nexus 4 diperbuat daripada kaca pada bahagian depan dan juga belakang dimana skrin nya menggunakan teknologi Corning’s Gorilla Glass 2, sebuah teknologi yang direka khas untuk lebih tahan lasak dan tidak mudah calar atau pecah.
Nexus 4
Bahagian belakangnya dikatakan pecah tanpa sebarang sebab yang munasabah, tanpa sebarang kes terjatuh atau terhempas ke tanah.Beberapa pengguna turut mengadu masalah yang sama di dalam beberapa forum mengatakan mereka sudah menjaga phone tersebut dengan amat teliti akan tetapi setelah beberapa ketika bahagian belakangnya pecah tanpa diketahui mengapa.Ada yang mengatakan ia pecah ketika berada dalam poket.
Walaubagaimanapun, Nexus 4 bukan lah phone pertama yang mengalami masalah sebegini, phone sebelumnya iaitu Optimus G turut mengalami perkara yang sama pecah tanpa sebab.
Optimus G
Perkara ini sudah tentu sedikit sebanyak akan mencacatkan prestasi jualan Nexus 4 di seluruh dunia apabila pengguna mulai sangsi untuk mendapatkanya.Jika masih berminat untuk menggunakan phone tersebut, jalan penyelesaian terbaik ialah anda perlu menggunakan “casing” bagi melindungi “body” phone masing-masing bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku.
sumber –droidlife

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak maklumat tips dan tutorial dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here