5 Tablet Android Terbaik Menggantikan iPad

Dalam artikel sebelum ini aku pernah menulis mengenai tips untuk memilih dan membeli tablet terbaik, yang menyentuh beberapa perkara penting yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli sesebuah tablet.

Untuk artikel kali ini jom kita lihat 5 tablet terbaik bagi menggantikan iPad untuk mereka yang tidak berminat dengan tablet iOS dari Apple.Jika hendak membandingkan mana yang terbaik nescaya ianya tidak akan berkesudahan.Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

1. Nexus 7

-Merupakan tablet bersaiz 7 inci terbaik di pasaran.Menggunakan quad-core processor dengan rekabentuk menarik beserta android 4.1 Jellybean, tablet ini sudah pasti akan menjanjikan pengalaman terbaik ketika anda menggunakannya.

2- ASUS Transformer Pad Infinity TF700

– Tablet terbaik daripada Asus yang menggunakan paparan skrin HD, quad-core processor yang laju dan 8MP Camera.Digelar sebagai Android Tablet Beast pengalaman menggunakannya akan menjadi lebih menarik dengan aksesori tambahan yang disertakan iaitu keyboard dock yang boleh disambungkan membuatkan ianya kelihatan seperti laptop.

3- Sony Xperia Tablet S

– Merupakan tablet dalam siri keluarga Xperia.Mempunyai design yang amat menarik serta lain dari yang lain.Ciri-Ciri “Guest Mode” padanya memudahkan pengguna lain untuk berkongsi tablet dengan anda tanpa mengganggu tetapan yang anda tentukan.

4- Google Nexus 10

-Tablet terbaru daripada Google selepas Nexus 7.Nexus 10 mempunyai resolusi skrin yang lebih tinggi dan semestinya lebih baik daripada Retina Display Technology yang ada pada iPad.Menggunakan android terbaru iaitu 4.2 JellyBean ditambah dengan fungsi-fungsi menarik seperti “Multiple User Account” dan fungsi camera serba-baru ianya merupakan sebuah tablet wajib bagi anda memandangkan harga permulaan yang sangat murah.

5- Samsung Galaxy Note 10.1

– Membeli Galaxy Note 10.1 akan menjanjikan pengalaman lain dari yang lain memandangkan ianya dilengkapi dengan Stylus Pen.Memudahkan anda untuk melakukan sebarang kerja menggunakan tablet tersebut.Speaker yang agak kuat dan baik juga akan menjanjikan pengalaman terbaik ketika menonton video atau mendengar lagu.
Sebenarnya terdapat lebih banyak pilihan tablet di dalam pasaran seperti keluarga tablet daripada Samsung,Asus dan yang lain-lain.Apa yang penting ialah pastikan anda membuat pilihan tepat.Jika masih ragu-ragu ketika memilih, rujuk artikel Tips Terbaik Memilih dan Membeli Tablet.
Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here