Virus Trojan Baru Dijumpai Di Dalam Google Play

0
262 views
views
Baru-baru ni satu virus trojan baru dikesan di dalam Google Play yang dipanggil FakeLookout.A.Virus tersebut  yang dikesan oleh TrustGo Mobile sebuah syarikat mobile security dikatakan mencuri beberapa maklumat dan data penting yang kemudiannya dihantar ke pusat mereka.

FakeLookout.A ialah trojan yang bersembunyi di dalam aplikasi bernama “Updates” oleh GoodBytesLab yang kelihatan seperti update kepada aplikasi terkenal Lookout mobile security .Pihak TrustGo Security Lab menjumpai trojan tersebut di dalam satu file pakej “com.updateszxt” yang berada dalam marketplace Google.
Malware tersebut lebih teruk lagi dikatakan mampu mencuri sms/mms, video files dan juga files di dalam memori kad.Kesemua data yang dicuri kemudiannya akan dihantar kepada sebuah domain di  Thornton, Colo.Google perlu melakukan sesuatu sebelum perkara yang lebih buruk berlaku kepada pengguna Android.
Kepada pengguna apa yang penting ialah korang perlu memastikan aplikasi yang ingin di download bukan aplikasi palsu.Perlu dielakkan juga download apk file selain dari Google Play bagi memastikan tak tersilap download aplikasi palsu yang dikuatiri mengandungi malware.
sumber –pcmag
Jangan lupa sertai facebook page kami untuk lebih banyak informasi, tips dan tutorial dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika terdapat sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here