Video Pengenalan Nexus 4 Bersama Android 4.2 JellyBean Ditunjukkan

0
321 views
views
Memandangkan acara Google dibatalkan sebelum ni Google akhirnya mengumumkan 3 peranti Nexus baru mereka yang kesemuanya menggunakan Android 4.2 Jellybean.Apa yang paling menarik perhatian aku ialah video pengenalan yang menunjukkan Nexus 4 bersama android 4.2 Jellybean.


Nexus 4 seperti yang kelihatan dalam video tersebut menpunyai rekabentuk yang menawan, sangat “responsive” dan laju serta beberapa ciri-ciri baru android 4.2 ditunjukkan.Android 4.2 merupakan versi update kepada Android 4.1 yang membawakan beberapa perubahan kecil dan masih mengekalkan nama Jellybean padanya.

Antara ciri baru yang paling ketara dapat dilihat ialah fungsi “Quick Setting” pada notification bar yang memudahkan lagi pengguna ketika menggunakan phone tersebut.

Nexus 4 merupakan android smartphone dari Google dibawah jenama LG yang mempunyai 8MP camera dibahagian belakang, 1.3MP camera depan, 2GB RAM, Qualcomm Snapdragon S4 Pro 1.5GHz processor beserta 4.7-inch 1280×768 pixel screen.

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk lebih banyak maklumat tips dan tutorial mengenai android ataupun bertnyakan soalan kepada krew kami jika menghadapi sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here