Upgrade Smartphone : Perkara Yang Anda Perlu Tahu

3
574 views
views
Tak lengkap rasanya kalau memilik sebuah android device tanpa melakukan proses upgrade dan install custom rom padanya.Artikel kali ni aku akan sentuh mengenai perkara-perkara yang kita perlu tahu sebelum melakukan proses upgrade serta alatan [tools] yang perlu ada untuk melakukan proses tersebut.
Sebelum menulis dengan lebih lanjut suka untuk aku ingatkan artikel panduan ini ditulis berpandukan proses upgrade Sony Xperia X8 dan beberapa Smartphone samsung.[Lihat senarai smartphone di sidebar sebelah]

 

Beberapa perkara dibawah perlu di ambil tahu sebagai persediaan dan untuk mengelakkan dari sebarang masalah berlaku kelak.
1-KENALI PHONE MASING-MASING
-Kenali phone yang korang guna seperti
-jenis model
-tahun keluaran
-versi android
-baseband version
-firmware version
-hardware dan spesifikasi lengkap phone tersebut.
kesemua perkara atas ni sangat penting sebab lain phone lain cara upgrade dia.Apa yang aku maksudkan ialah sesetengah phone mempunyai model berlainan walaupun jenis yang sama.Sebagai contoh :
Samsung Galaxy Ace antara model yang ada di pasaran :
Rupa bentuk yang sama hardware yang sama tapi model bermacam jenis.Walaupun nampak serupa kesemua jenis diatas, file serta jenis firmware yang perlu digunakan ketika proses upgrade adalah berbeza.
File upgrade untuk Samsung Galaxy Ace S5830[i] berbeza dari file upgrade Galaxy Ace S5830, dan jika file upgrade S5830[I] digunakan pada S5830, phone korang akan mengalami kerosakan dan tersekat pada logo samsung.
Begitu juga dengan model smartphone yang lain samada xperia smartphone atau Samsung Galaxy yang lain.Jadi sila pastikan korang dah betul-betul pasti bahawa sesebuah tutorial smartphone tu merupakan tutorial yang betul untuk smartphone milik masing-masing.

2- BACA DAN CARI MAKLUMAT BERKAITAN PROSES UPGRADE
Ini bahagian paling penting.Tolong jangan jadi pemalas.Google dan cari dulu maklumat yang ada.Baca segala perkara mengenai phone masing-masing.Pastikan korang dah bersedia dengan maklumat yang lengkap.
3- JANGAN JADI PEMALAS
Bahagian yang paling kritikal.Kebanyakkan pengguna malas dan selalu nak cepat habis, tergopoh-gapah dan bajet diri tu pandai.Aku tahu ramai pengguna bila ingin melakukan proses upgrade hanya baca ala kadar tanpa penelitian.Ini satu kesilapan besar sebenarnya.Bila kita tak baca sesebuah tutorial dengan teliti dan lengkap, kita akan terlepas beberapa langkah penting dan bila itu berlaku hasil yang kita akan dapat hanyalah smartphone yang rosak.
Pada kebiasaan, aku akan meluangkan beberapa jam hanya untuk memahami setiap langkah yang diajar dan untuk memastikan kesemua perkara yang perlu di download dan file yang akan diguna dah pun di letakkan di dalam satu folder.
Tanda seseorang tu pemalas biasanya dia hanya akan baca sekali lalu tutorial yang ditulis kemudian pergi facebook page dan post soalan yang berbunyi :
Bang, saya tak reti nak buat..tak faham langsung tutorial yang ada.Tolong ajar saya step by step.
4- KUMPULKAN SEGALA FILES DALAM SATU TEMPAT.
Melakukan proses upgrade memerlukan korang untuk download beberapa file bermula dari proses root sehinggalah proses install custom rom.Apa yang wajib korang buat ialah kumpul kan kesemua file yang diperlukan dan masukkan dalam satu folder bagi memudahkan lagi proses upgrade.5- PERSEDIAAN PADA KOMPUTER DAN SMARTPHONE.

Pastikan korang dah sediakan komputer masing-masing dengan perkara penting terutama driver smartphone yang perlu diinstall terlebih dahulu dalam komputer.Tanpa driver tersebut, sebarang proses upgrade tak dapat dijalankan.

6- SIMPAN SEGALA FILES PENTING SELEPAS SELESAI PROSES.

Sebaik sahaja proses upgrade selesai, pastikan korang simpan file-file penting bagi tujuan backup andai kata berlaku sebarang masalah.Rasanya itu sahaja buat masa ni dan penambahan akan dilakukan dari masa ke semasa.Artikel ni ditulis untuk memudahkan lagi pengguna melakukan proses upgrade dan aku harap ianya dapat membantu sedikit sebanyak.

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak tips dan tutorial android ataupun bertanyakan sebarang soalan jika terdapat apa-apa masalah.

3 COMMENTS

  1. Salam..saya baru beli asus Zenfone 5..dah ade tutorial untuk root phone ni?and boleh review tak perbezaan zenfone 5 yg berbeza processor(1.6 ghz) dan (2.0) ghz dan saya dapat ram 1gb dan lagi satu keluaran utk zenfone 5 2 gb 🙁

    • Wasalam,So far memang ada cuma tak pasti berkesan ke tak untuk zenfone 5 versi 1GB, contact kami dekat facebook page untuk tutorial root (post dekat wall).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here