Upgrade Android Smartphone : Alatan Yang Wajib Ada Dalam Simpanan

0
402 views
views
Dalam artikel sebelum ni aku pernah menyentuh mengenai perkara yang perlu kita ketahui untuk melakukan proses upgrade smartphone yang mana korang boleh baca disini.Untuk artikel kali ini pula jom kita lihat alatan yang perlu ada untuk korang menjalankan proses upgrade android smartphone .

Setiap smartphone mempunyai tools yang berbeza mengikut jenis dan pengguna perlu bijak mengenal pasti apa yang perlu digunakan bagi mengelak masalah tersilap tools sehingga menyebabkan phone rosak.
Artikel kali ni ditulis berpandukan pengalaman aku melakukan proses install custom rom pada Samsung Smartphone dan juga Sony Xperia Smartphone.Kesemua perkara dibawah ni korang perlu simpan di dalam 1 folder bagi tujuan untuk digunakan ketika mengalami masalah.
Ini bagi memudahkan korang dan tak perlu lagi serabut-serabut nak download semula benda yang sama.Cuma kumpulkan dan simpan dalam satu tempat.

ALATAN YANG DIPERLUKAN KETIKA UPGRADE XPERIA X8
1- Pc Companion
-Penting untuk proses install driver smartphone masing-masing pada komputer dan juga memberi tahu akan update terbaru untuk smartphone Sony.
2- Sony Ericsson Update Service
-Digunakan untuk format semula Sony Xperia smartphone jika berlaku sebarang masalah.Dikenali sebagai SEUS turut berfungsi untuk install stock rom.
3- Superoneclick [xperia x8,x10 mini,x10 mini pro]
– software asas yang paling penting untuk melakukan proses root xperia x8 dan xperia lain yang sesuai denganya.
4- Xrecovery Installer.
– software asas yang digunakan untuk install xrecovery pada xperia x8.

5-Flashtool

– Software paling penting dalam proses upgrade xperia.Digunakan untuk format phone / flash stock rom menggantikan SEUS.Flashtool juga digunakan untuk flash kernel pada phone masing-masing.

6- Flashtool Drivers.

-Mengandungi koleksi driver smartphone xperia.Driver-driver ni perlu diinstall bagi memastikan flashtool dapat berfungsi dengan baik.

7- Unlocked Bootloader Tools

– Tools yang diperlukan untuk menjalankan proses unlocked bootloader.Sangat berisiko dan hanya phone yang melepasi kelayakan sahaja boleh menjalankan proses ini bergantung kepada production code di bahagian belakang.

8- Root Explorer

– Root browser terbaik bagi mengurus system fail atau mengubah system fail.

ALATAN YANG DIPERLUKAN KETIKA UPGRADE SAMSUNG SMARTPHONE

1- Samsung Kies

-Mempunyai fungsi yang sama seperti Sony Pc Companion.Berfungsi untuk install driver dan memberi tahu kepada pengguna jika terdapat update terbaru untuk smartphone masing-masing.

2- Odin

-Odin merupakan software yang sama seperti flashtool untuk smartphone xperia.Digunakan untuk flash stock rom atau format phone kembali kepada asal.Boleh juga digunakan untuk membaiki phone yng mengalami masalah softbricked [sangkut pada logo samsung].

3-  Update.zip

– zip file yang mengandungi benda yang diperlukan untuk root smartphone samsung.Ianya berbeza mengikut jenis model smartphone.Pastikan korang guna file yang betul untuk root smartphone masing-masing bagi mengelakkan sebarang masalah dari berlaku.

4- CWM-Recovery

– Zip file yang mengandungi file cwm-recovery.Digunakan untuk install cwm-recovery pada samsung smartphone selepas selesai proses root.Juga berbeza mengikut jenis model smartphone.Pastikan korang gunakan versi yang betul untuk smartphone masing-masing.

Aku tak dapat bekalkan download link untuk setiap perkara diatas berikutan masalah internet yang teramat slow.Artikel ini akan diupdate dengan download link untuk setiap benda yang perlu lepas internet ok.

Jangan lupa sertai facebook page soleheen[dot]com untuk lebih banyak tips tutorial serta maklumat android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika terdapat sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here