Google Akan Melancarkan Android 4.2 Dan Nexus Device Pada 29 Oktober 2012

Berita baik untuk peminat android [AndroidFAG] pada minggu hadapan Google dikatakan akan melancarkan Android terbaru mereka iaitu Android 4.2 Key Lime Pie [?] bersama-sama dengan Nexus 4, sebuah android smartphone dibawah Google sendiri.Nexus 4 akan diletakkan dibawah jenama LG berbeza dengan Nexus device sebelum ni yang berada di bawah jenama Samsung Mobile.
 
Gambar yang dikatakan sebagai LG Nexus 4
Berkenaan dengan nama Key Lime Pie, tak dapat dipastikan samada itu ialah nama rasmi bagi android 4.2 dan ada yang mengatakan bahawa kemungkinan Google hanya akan mengumumkan update kepada android JellyBean .Antara ciri-ciri utama yang hangat diperkatakan ialah keupayaan Android 4.2 menyediakan beberapa account pada satu2 device sama seperti komputer.
Event yang dijadual berlangsung pada 29 Oktober 2012 di New York ini akan turut memperkenalkan Nexus 10 sebuah tablet seperti Nexus 7 atau lebih tepat versi update kepada Nexus 7.Tablet tersebut akan menggunakan Android 4.2 terus padanya.Nexus 7 versi baru turut dijangka akan diperkenalkan iaitu versi 32GB dengan sokongan 3G.
 
Gambar Jemputan ke Acara Google nanti
Bagi Nexus 4 pula ia akan berada dibawah jenama LG dengan ciri-ciri seperti quad-core 1.5 GHz Qualcomm APQ8064 Snapdragon processor, 1280×768 display, 2GB of RAM dan 16GB storage.Agak menarik sebenarnya dan sama-sama kita nantikan apa yang akan diumumkan oleh Google pada minggu hadapan.
Jangan lupa sertai facebook page kami untuk lebih banyak informasi tips serta tutorial mengenai android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika terdapat sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here