Ciri-Ciri Android 4.2 Diperkenalkan Menggunakan Nama Jellybean Bukan Key Lime Pie

Google harini tetap mengumumkan perkara baru yang sepatutnya diumumkan di acara mereka yang terpaksa dibatalkan akibat taufan Sandy.Ura-ura yang bertiup sebelum ini kuat mengatakan bahawa Android 4.2 yang akan diumumkan oleh Google ialah android baru yang diberi nama Key Lime Pie.

Namun segala teka teki mengenai nama android tersebut terjawab apabila Google mengumumkan 3 peranti Nexus terbaru mereka yang menggunakan Android 4.2 Jellybean.Untuk pengetahuan semua, android 4.2 hanya merupakan kemaskini kecil [minor update] kepada android 4.1 yang membawakan beberapa ciri-ciri baru seperti :

1- Photo Sphere

– Photo Sphere merupakan satu ciri di dalam camera android 4.2 yang membolehkan pengguna mengambil gambar dalam beberapa arah untuk dijadikan rakaman dalam 360 darjah.Itu bermaksud pengguna mampu mengambil gambar keseluruhan tempat dalam keadaan 360 darjah.

2- Keyboard Gesture [Gesture Typing]

-Merupakan ciri-ciri seperti swipe pada keyboard yang hanya memerlukan pengguna untuk melakukan gesture pada keyboard untuk menaip.Words Suggestion pada keyboard android 4.2 turut dipertingkatkan beserta beberapa fungsi lain.

3- User Login [Multiple Account]

– Salah satu ciri paling menarik dalam Android 4.2 iaitu kemampuan untuk menyediakan beberapa account pada sesebuah device.Seumpama pada komputer yang mempunyai Admin Account dan juga Guest Account, pengguna akan mempunyai pilihan untuk “customize” sendiri akaun masing-masing dan untuk tukar account hanya perlu pergi pada lockscreen sahaja.

4- Wireless Display

-Juga merupakan satu ciri yang hebat dan gempak.Dengan adanya fungsi wireless display pengguna mampu melihat skrin smartphone masing-masing pada TV atau monitor yang mempunya fungsi wireless.Ternyata ciri baru ini membuatkan keadaan lebih kemas dan mudah tanpa perlu serabut dengan wayar sambungan yang pelbagai.

5- New Notification 

– Merupakan salah satu ciri paling ketara iaitu fungsi notifikasi baru.Disertakan dengan fungsi “quick setting” pada notification bar, pengguna turut boleh mengakses dan menguruskan notification terus dari notification bar itu sendiri.

6- Google Now

-Google Now yang diperkenalkan pada Android 4.1 Jellybean yang lalu kini menerima kemas kini terbaru membawakan beberapa fungsi yang dipertingkatkan bagi memudahkan lagi pengguna.

Fungsi-fungsi ini ternyata amat menarik dan akan menarik perhatian ramai pengguna untuk membeli peranti Nexus terbaru bagi mencuba sendiri ciri-ciri tersebut.

sumber

Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk lebih banyak maklumat tips dan tutorial dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here